Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Rex Tillerson membayangkan hubungan dengan Russia bakal menjadi semakin keruh walaupun bakal mengadakan bertemu dengan Menteri Luar Russia Sergei Lavrov hujung minggu ini.
“Persoalannya kini, adakah peristiwa minggu lalu atau sebelumnya, bakal menjadi lebih buruk atau kita mampu mengekalkan kestabilan pada tahap tertentu?” soal Tillerson.
Katanya, keputusan kongres untuk meluluskan rang sekatan menjadikan usaha untuk memulihkan hubungan ‘semakin sukar’ tetapi semua peraturan itu bakal ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump.
Tillerson tidak pernah cuba menyembunyikan masalah itu dan mengakui pada Mac lalu selepas lawatan ke Kremlin hubungan kedua negara berada pada paras terendah dalam sejarah dan menunjukkan sedikit tanda perubahan.
Terdapat pihak di Moscow dan Washington menaruh harapan hubungan kedua negara bakal pulih di bawah pentadbiran Trump yang pernah mesra dengan Presiden Vladimir Putin.
Bagaimanapun, sebagai salah sebuah negara kuasa besar AS masih berbelah bagi terhadap beberapa isu membabitkan Russia antaranya campur tangan di Ukraine, sekatan terhadap sekutu Kremlin dan sokongan Moscow terhadap regim Bashar al-Assad.
Apa pun, Tillerson tetap merancang untuk menemui Lavrov pada sidang kemuncak pemimpin ASEAN bulan ini.


























