India Batalkan Paspot Antarabangsa Dr Zakir Naik

2072

India telah membatalkan paspot perjalanan pendakwah Islam Dr. Zakir Naik selepas didakwa , belia berulang kali mengabai permintaan supaya menghadirkan dirinya di hadapan Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA).

Menurut Times of India, Kementerian India Hal Ehwal Luar (MEA) telah bertindak atas permintaan oleh NIA, yang menuduh Dr. Zakir terlibat dengan keganasan dan pengubahan wang haram.

Pendakwah paling dikenali masakini sebagai penceramah awam dan pendakwah TV, turut dituduh menyebarkan kebencian.

Beliau dilaporkan telah dilarang daripada memasuki negara-negara seperti Kanada dan UK, tetapi adalah dialu-alukan oleh banyak negara-negara Islam termasuk Malaysia, di mana beliau merupakan seorang ‘penduduk tetap’.

Dr Zakir, menurut akhar tersebut, melarikan diri India pada bulan Julai 2016 selepas kejadian pengganas di Bangladesh yang mendakwa bahawa tindakan mereka telah diilhamkan oleh ucapan supaya melancarkan jihad, oleh beliau.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, bagaimanapun, beliau telah menyampaikan wawancara dan mengadakan sidang akhbar melalui Skype dari Arab Saudi.

Zakir juga berkata, beliau menerima tawaran kewarganegaraan daripada sekurang-kurangnya 10 buah negara, tetapi tidak menerima mana-mana tawaran lagi.