Satu laporan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan, keadaan hidup di Semenanjung Gaza semakin teruk dalam tempoh 10 tahun sejak wilayah itu telah dikepung oleh Israel pada 2007.
Laporan itu, yang disiarkan pada hari Selasa bertajuk ‘Gaza, 10 tahun kemudian’, mengatakan bahawa petunjuk utama yang dikenal pasti pada laporan PBB tahun 2012, seperti pendapatan menurun, penjagaan kesihatan , pendidikan dan elektrik telah merosot lebih pesat lagi.
PBB berkata pendapatan KDNK per kapita di Gaza telah menurun manakala penyediaan perkhidmatan kesihatan yang amat diperlukan telah terus merudum.


“Gaza terus pada trajektori (jalan berliku) pembangunan, dalam banyak kes lebih cepat daripada apa yang asalnya dijangka,
“Apabila hanya ada bekalan kuasa (elektrik) dua jam kuasa sehari dan mempunyai kadar pengangguran belia 60 peratus ……. bahawa ambang ‘ketidakbolehan hidup’ telah berlalu agak lama dahulu.” kata Robert Piper, Penyelaras PBB bagi Aktiviti Pembangunan Bantuan Kemanusiaan dan.
Piper berkata, walaupun bantuan kemanusiaan diterima berterusan, terutamanya melalui perkhidmatan PBB, usaha membantu memperlahankan kemusnahan keturunan ini, semakin menunjuk arah ke bawah.
“Saya melihat ini proses luar biasa yang tidak berperikemanusiaan dan tidak adil untuk ‘mencekik ‘ secara beransur-ansur dua juta orang awam di Gaza yang benar-benar menimbulkan ancaman kepada (tidak menakutkan) sesiapa,” katanya.
Mengulas dalam temu bual dengan agensi berita Palestin, Piper berkata, krisis kemanusiaan masih mungkin dapat dielakkan jika masyarakat antarabangsa bertindak segera.
“Kita perlu meletakkan agenda orang-orang (penduduk Gaza) sedikit lebih tinggi, jika tidak di bahagian atas agenda,
“Kami 100 peratus yakin ia boleh dilakukan jika ada kemahuan di pihak pemain utama untuk menjadikannya satu kenyataan.” tambah beliau.




























