Taun Berleluasa Ragut 1,500 Nyawa Di Yaman

1804
FILE PHOTO: Women sit with relatives infected with cholera at a hospital in the Red Sea port city of Hodeidah, Yemen May 14, 2017. REUTERS/Abduljabbar Zeyad

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, wabak taun yang berleluasa di Yaman telah meragut 1,500 nyawa dan menyebabkan kira-kira 246,000 orang jatuh sakit, sejak April tahun.

Wakil WHO di negara itu, Nevio Zagaria berkata, wabak itu telah merebak kepada semua 21 daripada 22 wilayah di negara yang dilanda krisis itu.

“Kami amat bimbang dengan merebaknya wabak taun di hampir semua kawasan di Yaman,” ujarnya

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar pada hari Sabtu 1 Julai, di ibu negara, Sanaa dan menekankan bahawa bilangan kes disyakki taun telah meningkat sepuluh kali ganda dalam tempoh dua bulan lepas.

Sehubungan itu, wakil bertindak Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) Sherin Varkey berkata, bagi pihaknya mendedahkan bahawa, satu perempat daripada kematian akibat wabak itu, adalah kanak-kanak.

Angka kematian meningkat daripada 1300 seperti yang diumumkan dua minggu lalu oleh WHO, yang meletakkan jumlah kes disyaki di lebih 200,000 pada ketika itu.

Jumlah itu, katanya semakin meningkat dengan 5,000 pesakit sehari.

Taun adalah jangkitan bakteria yang dibawa melalui makanan atau air yang tercemar dan cecair daripada orang yang dijangkiti.

Agensi-agensi PBB telah berkali-kali memberi amaran bahawa pertempuran lama tiga tahun di Yaman telah memusnahkan sektor kesihatan di negara itu, menjadikan taun, sukar untuk ditangani.

Yaman yang ‘miskin’ kekal dalam keadaan perang saudara sejak 2014, apabila Houthi pemberontak menakluki sebahagian besar negara itu, termasuk Sanaa.

Pada tahun 2015, Arab Saudi dan sekutunya melancarkan serangan udara besar-besaran bertujuan mengalahkan militan Houthi dan usaha mengukuhkan kerajaan Yaman yang dilanda masalah.

Menurut pegawai PBB, lebih daripada 10,000 orang telah terbunuh dalam peperangan, manakala lebih daripada 11 peratus daripada penduduk negara ini telah menjadi pelarian akibat langsung daripada konflik.