PUTIB Berkembang Pesat Sejak Dirasmikan Oleh Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz

2616

Pusat Tarbiyah Islamiyah Binjai (PUTIB) yang dirasmikan pembukaannya oleh mantan Menteri Besar Kelantan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz iNik Mat telah membangun dan berkembang pesat sejak ia ditubuhkan 10 tahun lalu.

Menurut Timbalan Pengerusinya Nik Ismail Nik Ali, pelbagai pelbagai program ilmu agama dan siasah yang dilaksanakan, mendapat sambutan dari masyarakat tempat.

“Alhamdulillah dengan adanya PUTIB maknanya kita ada Ustaz-ustaz mari mengajar kuliah-kulia di sini daripada negeri Kelantan, Terengganu dan Kuala,

“maknanya dengan adanya PUTIB ni bolehlah masyarakat setempat ini mendapat ilmu agama dan termasuk ilmu politik,

“hampir sepuluh tahun saya rasa bersyukur kita tengok pada hari ini begitu ramai dan kehadiran ramai, menggalakkan,” ujarnya.

Beliau bekata demikian ketika ditemui selepas Program Agihan Bantuan Ramadan kepada mereka yang kurang berkemampuan, di Pusat tersebut Jumaat lalu.

Antara program besar yang telah dianjurkan ialah ‘Wacana Hudud’ pada 19 Mei lalu yang dohadiri oleh tetamu jemputan, Setiausaha Majlis Syura Ulama Dato’ Ustaz Dato Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Selain itu, pusat tesebut juga mengendalikan ‘Program Tahfiz Muda’, satu program tahunan yang mengembagkab bakat pelajar berumur tujuh hingga 14 tahun.

“kita buat kem disini selama tiga hari dengan bimbingan Ustaz yang hafaz al-Quran daripada Indonesia (dan) kita buat pagi sampai petang dan malam penuh, dengan aktiviti,

“(matlamat) yang utamanya kita nak (didik mereka) jadi tahfiz (dari umur) muda walaupun tidak boleh habis sebutir al-Quran tapi sekurang-kurangnya dua tiga empat lima ayat tu (mereka) boleh menghafal,” jelas Nik Ismail.

Menurutnya, pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang menguruskan pusat awam itu, namun ia dapat diharungi dengan semangat cekal dan tarbiyah ahli-ahli jawatankuasanya.

“Bersempena dengan yang kita pilih nama Pusat Tarbiyah Islamiah Binjai mengharapkan satu tarbiyyah secara umumnya.

“tarbiyyah dari segi agama politik dan tarbiyyah kita sebagai hamba Allah untuk mendidik manusia mendekatkan diri kepad Allah SWT,” kata beliau.

Justeru itu, beliau mengharapkan sokongan moral daripada warga pekan Binjai dan kewangan dari semua pihak bagi membatu PUTIB untuk masa hadapan.

“saya mengharapkan tahun ini rasa PUTIB semakin mantap, kita minta kerjasama daripada luar dalam untuk membantu PUTIB,

“maknanya bukan sahaja sekadar membantu PUTIB tetapi membantu agama Allah,” tambah beliau.

Katanya, beliau masih ingat pesanan Tok Guru Nik Aziz yang mengajar supaya orang Islam berdakwah dan menmamnggil manusia ke jalan Allah dengan perlbagai kaedah dan cara.

Sesungguhnya, penubuhan PUTIB adalah jalan yang lurus, menuju cita-cita agama.