Terengganu, Malaysia

Menteri Pelajaran Arab Saudi ‘Haramkan’ Buku Al-Qaradawi

Egyptian-born cleric Sheikh Yussef al-Qaradawi talks during a news conference in Algiers

Menteri Pelajaran Arab Saudi pada Ahad menggesa penyingkiran buku-buku tulisan oleh Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia Sheikh Yusof al-Qaradawi, dari pusat-pusat pendidikan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian terbabit ditanda tangani Ahmed Bin Mohammed Al-Issa.

Dalam kenyataan tersebut, Ahmed berkata semua buku-buku oleh al-Qaradawi harus “segera” ditarik keluar dari sekolah, universiti dan perpustakaan.

Menteri Pelajaran Arab Saudi ‘Haramkan’ Buku Al-QaradawiPenerbitan buku-buku terbabit juga dilarang dan dihentikan serta merta, kata kenyataan itu.

Lewat pada hari Khamis, satu kenyataan bersama oleh Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan UAE menuduh 59 individu dan 12 organisasi amal di Qatar “dikaitkan dengan keganasan”.

Senarai ini termasuk nama al-Qaradawi, dan Abdullah bin Khalid, bekas Menteri Dalam Negeri Qatar.

Qatar bangkit pada hari Jumaat dalam satu kenyataan Kementerian Luar yang menyifatkan tuduhan sebagai “tidak berasas” dan “fitnah”.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan