Hulurkan Bantuan Kepada Warga Marawi, Selatan Filipina

2798

HULU TERENGGANU – Rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan politik digesa menghulurkan bantuan kepada warga bandaraya Marawi di Mindanao Selatan Filipina yang sedang menghadapi ujian berat.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, lebih-lebih lagi kepada umat Islam di negara ini, wajarlah menghulurkan kasihan belas kepada mereka.

“saya harap semua rakyat Malaysia dapat bersama-sama bersolidariti dan bersimpati kepada warga Marawi yang kini menjadi pelarian, terpaksa meninggalkan rumah tangga mereka,

“kerana menghadapi perintah darurat ekoran konflik antara tentera kerajaan dengan kelompok bersenjata yang dikaitkan dengan ISIS,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Skuad Cakna Masyarakat Hulu Terengganu di Taman Rekreasi Jambatan Kuala Berang pada Isnin 29 Mei.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Khidmat Malaysia berkata, hampir 200, 000 penduduk bandaraya itu kini tinggal di kem-kem pelarian atau menumpang dirumah saudara mara serta kenalan di luar wilayah yang sedang kembali bergolak itu.

“saya ada mendapat pesanan dari sahabat kita Dr. Safrullah D Patuan yang memohon bantuan kemanusiaan bencana untuk membeli makanan dan ubat-batan,

“beliau berkata….walaupun masih ada namun bekalan keperluan terhad dan harga menjadi lebih mahal disebabkan oleh perintah darurat yang dikuatkuasakan,” jelasnya.

Turut hadir dalam majli itu ialah Pengarah Khidmat Malaysia Zon Timur Haji Zulkifli Md Yakim, Pengerusi Khidmat Malaysia Hulu Terengganu Md Safari Ali dan Mantan Pengerusi Yayasan Amal Terengganu, Dr. Suhazeli Abdullah.

Oleh itu, satu jawatankuasa bertindak yang diketuai oleh Dr. Suhazeli Abdullah bagi mengumpulkan dana untuk membantu warga Marawi tersebut telah diputuskan.

“sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui NGO Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu akaun di Bank Islam No. 13053 01 0008281,

“sebarang pertanyaan boleh diajuakan kepada Dr. Suhazeli atau kepada saya sendiri…….semoga usaha kita yang sedikit dibulan Ramadan ni dapat membantu saudara-saudara kita di sana,” kata beliau.

Tembak menembak antara tentera Filipina dan kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan ISIS sejak minggun lalu telah memaksa Presiden Duterte mengisytihakan darurat selama 60 hari di wilayah Lanao De Sur.

Penduduk digesa berpindah apabila askar Filipina meningkatkan serangan udara menggunakan helikopter dan serbuan tentera darat, bagi mengepung bandaraya yang ‘menjadi tebusan’ itu.

Hampir 50 orang terkorban dan warga Marawi tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sehingga konflik selesai, yang tidak diketahui sampai bila!

Berita berkaitan;
44 Terbunuh Sejak Pertempuran Di Marawi, Empat Hari Lalu
Konflik Bersenjata di Marawi; Pengeboman Tentera Sukarkan Penduduk
Duterte Ancam Kuat Kuasa Darurat Seluruh Negara