KUALA TERENGGANU – Amerika Starikat (AS) memang selalu gunakan alasan masalah dalaman sesebuah negara untuk mereka menyerang dan campur tangan dalam urusan negara lain.
Menurut bekas mahasiswa pergigian University Baghdad, Dr Azman Ibrahim menegaskan, perangai semua Presiden AS sama sahajaja, Bush, Clinton, Obama atau Trump.
“Adakah Trump boleh jamin 100% bahawa semua ‘Missile Tomahawk’ yang dia hantar ke Syria jatuh di Pengkalan Tentera dan tak kena orang awam?
“Pengalaman saya di Iraq menceritakan sebaliknya. Tomahawk yang Clinton kirim ke sebuah Pengkalan Tentera berhampiran Saddam Medical City kena di bangunan Hospital University Baghdad yang terletak dalam kawasan Saddam Medical City,
“Saya adalah saksi mata yang masih hidup. Hospital University Baghdad adalah tempat kami melakukan latihan praktikal,” jelasnya.


“Keganasan tak boleh dibasmi dengan campur tangan pengganas. Saya sangat yakin bahawa campur tangan AS akan mengundang lebih banyak masalah dan tragedi kemanusian,
“Mereka kata Bashar guna senjata kimia. Mereka terlupa bagaimana bom berangkai yang mereka pernah jatuhkan ke Iraq memakan begitu ramai korban orang awam yang tak bersalah,” ujarya ketika mengulas tindakan AS menembak 59 peluru berpandu Tomahawk, ke Syria.
Trump berbuat demikian, kononya mahu membalas dendam dan memberi amaran kepada rejim Bashar yang membunuhrakyatnya sendiri dengan bom kimia beracun.


“Lihatlah apa yang telah berlaku di Iraq………orang Iraq yang berada di sekitar Kelantan dan selalu berkunjung ke klinik mula menyesali apa yang berlaku,
“Kalaulah Saddam masih ada, bukan begini nasib kami……kata mereka,” kata beliau.
Menurutnya, rakyat Iraq pada awalnya merasakan tindakan AS adalah untuk membebaskan mereka dari rejim Saddam.
Namun, keadaan sebaliknya berlaku, sehingga kini masih belum bertemu jalan penyelesaian.


“Rupanya yang mari adalah pembunuh, perogol, perompak dan penjahat yang tiada bandingannya,” tegas beliau.
Justeru itu katanya, jalan penyelesaian yang mungkin adalah, perdamaian antara sesama negara Islam.
“ia adalah cahaya keluar yang terbaik bagi krisis Syria…….orang kafir terutamanya kafir harbi seumpama AS dan Russia tak pernah berniat baik kepada Islam dan Ummat Islam,
“Kita jangan tertipu dan ditipu berulang kali,” tegas beliau.



























