350, 000 Kanak-kanak Terperangkap Di Barat Mosul

1293

Kira-kira 350,000 orang kanak-kanak terperangkap di barat Mosul, ketika tentera Iraq melancarkan serangan terbaharu keatas pelampau mempertahankan bandar strategik itu pada hari Ahad.

Sebuah NGO, ‘Save The Children’ memberi amaran agar pihak-pihak terbabit mengambil langkah-langkah perlu melindungi kanak-kanak itu.

“Pasukan Iraq dan sekutu mereka, termasuk Amerika Syarikat dan UK, perlu melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka untuk melindungi kanak-kanak dan keluarga mereka daripada bahaya,

“dan mengelakkan (serangan) bangunan awam seperti sekolah dan hospital kerana mereka menolak jauh ke dalam bandar,” kata Maurizio Crivallero, Pengarah NGO itu untuk negara Iraq.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan NGO berpankalan di UK itu, mereka akan menghadapi risiko kelaparan, serangan bom dan penembak tepat, sekirangnya terus berada di medan perang itu.

Oleh itu, jalan keluar Selamat untuk orang awam perlu diwujudkan secepat mungkin.

Serangan itu mengambil semula kawasan barat Mosul daripada ISIL yang bermula pada hari Ahad boleh menjadi pertempuran yang paling kejam.

Mosul adalah bandar kedua terbesar di Iraq dimana ISIL telah melantik dan mengisytiharkan “khalifah” pada tahun 2014.

Pemerintah Iraq melancarkan kempen serangan untuk menawan semula Mosul pada 17 Oktober, dan mengisytiharkan timur Mosul “dibebaskan sepenuhnya” pada 24 Januari.

Tentera bersekutu kini menghadapi satu cabaran paling sukar melalui jalan-jalan sempit di Bandar Lama di tebing barat Mosul, yang menjadi laluan utama untuk banyak kenderaan tentera.

Save the Children memberi amaran bahawa, “kesan meriam dan senjata letupan dalam keadaan sempit, jalan-jalan yang padat dengan penduduk mungkin lebih berbahaya daripada ancaman lain dalam konflik setakat ini”.