Yahya Sinwar Ketua Baru Hamas Menggantikan Ismail Haniyeh

3244
Yahya Sinwar

Hamas telah memilih seorang pemimpin baru bagi pergerakan itu di Semenanjung Gaza melalui pemulihan rahsia yang dilaksanakan sejak seminggu lalu.

Yahya Sinwar dipilih sebagai Ketua Hamas di Gaza berikutan pilihan raya dalaman, menggantikan Ismail Haniyeh, sementara itu, Khalil al-Hayya telah dipilih sebagai Timbalan Sinwar.

Dilahirkan pada tahun 1962 di kem pelarian Khan Younis di Semenanjung Gaza, Sinwar adalah pengasas sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzeddin al-Qassam.

Beliau ditahan oleh Israel pada tahun 1988 dan dikenakan empat hukuman penjara seumur hidup untuk serangan didakwa berkomplot terhadap Israel.

Pada tahun 2011, Sinwar dibebaskan selepas 23 tahun di dalam penjara sebagai sebahagian daripada pertukaran banduan bersama 1,027 rakyat Palestin lain sebagai pertukaran untuk askar Israel Gilad Shalit.

Pada tahun 2012, beliau telah dipilih sebagai ahli biro politik Hamas.

Pada bulan September 2015, Amerika Syarikat berkata Sinwar telah disenarai hitam dengan tuduhan ‘terroris’

Hamas memerintah Gaza sejak tahun 2007 dan telah di tekan dan ‘dipenjarakan’ oleh Israel.