Hampir 79 anggota Jabatan Amal Malaysia (AMAL) telah mengembeling tenaga mencari Mohammad Azarul Mukhriz bin Abdul Rahman yang dilaporkan hilang di Bukit Broga selama seminggu.
Operasi mencari dan menyelamat yang ditubuhkan oleh Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor pada mulanya telah ditukar kepada Operasi Khidmat Masyarakat atas nasihat pihak berkuasa kerana sudah melebihi 3 hari pencarian.
Operasi kali ini diketuai oleh Tuan Mashadi dengan kerjasama unit Khas Syifa iaitu pengamal perubatan Darussyifa.
Menurut Penyelaras Operasi Tuan Shehdi Hazrik, misi kali ini amat misteri kerana hampir seluruh kawasan Bukit Broga sudah dicari oleh pihak berkuasa selama 4 hari namun masih gagal ditemui.
Oleh itu, menurut beliau kepakaran Unit Khas Syifa perlu digunakan dalam misi kali ini.
Selain operasi mencari, beberapa sesi solat hajat dan munajat turut diadakan. Bacaan yasin dan zikir telah dilakukan bagi memudahkan operasi pencarian.
Mangsa telah diberi rawatan awal oleh pasukan “Mountain Search and Rescue” (Mosars) dan Medik AMAL.
Mangsa turut diruqyah oleh salah seorang dari Unit Khas Syifa sebelum dibawa turun dari bukit Broga dan diserahkan kepada Jabatan Kerajaan untuk tindakan susulan.