Ramai Wakil Rakyat Tidak Akan Hadir Majlis Trump

1452

Semakin ramai penggubal undang-undang persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang membuat keputusan tidak akan hadir pada majlis perisytiharan Presiden yang akan berlangsung pada akhir minggu ini.

Menurut senarai yang dikeluarkan Washington Post, sehingga kelmarin, lebih 50 orang daripada mereka telah sah akan memboikot majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai Presiden yang ke 45.

Seorang wakil rakyat dari Minnesota, Keith Maurice Ellison secara terang-terang memberitahu umum, beliau tidak akan hadir pada majlis pelantikan Trump yang disifatkannya menimbulkan politik kebencian.

“Saya tidak akan menyambut (pelantikan) seorang lelaki yang mengajar politik bahagian (perpecahan) dan kebencian,” kata Ellison menulis pada tweeternya.

Senarai ketidakhadiran itu menokok apabila ahli parlimen yang dikenali sebagai pejuang hak asasi John Lewis mempertikaikan kesahihan pemilihan Trump.

Menurut Lewis, ada campur tangan pihak Rusia pada pilihan raya presiden, 8 November lalu.
Lewis telah berkata bahawa beliau tidak akan menghadiri majlis pemasyhuran Trump sebagai Presiden AS.

Selain itu, beberapa orang selebriti juga menolak untuk membuat persembahan pada majlis itu termasuk Elton John dan Celine Dion, Andrea Bocelli, The Chainsmokers, Garth Brooks dan lain-lain.

Seorang aktres dan pengacara TV terkenal Chelsea Handler berkata, hak-hak wanita sedang diserang oleh politik puak kanan.

“Dan saya bercadang untuk melawan dengan sekuat hati terhadap seorang presiden Republikan, Kongres Republikan dan, hak radikal agama yang menentang perkhidmatan kesihatan dirancang seluruh negara,” katanya kepada wartawan.