Terengganu, Malaysia
Pendapat

Projek Airmata Rakyat di Kenyir

bebas cukai1

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

TIAP seorang Menteri Besar Terengganu Pasti akan meninggalkan monument mereka, tidak kira dalam bentuk apa sekalipun.

Sejak zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad lagi, Terengganu kaya dengan pelbagai projek yang dirancang kerajaan BN bukan untuk manfaat rakyat, sebaliknya hanya mengisi kantung kroni dan sanak saudara.

Tanggal 12 Januari, Krew Kumpulan Media Independent ( KAMI) Terengganu membuat tinjauan di beberapa lokasi projek pembangunan pelancongan dan prasarana di Tasek Kenyir.

bebas cukai3Perjalanan krew KAMI Ke Tasik Kenyir diketuai Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu.

Perjalanan kali ini menemukan kami dengan pelbagai ‘monument’ yang ditinggalkan bekas bekas MB Terengganu sejak Kenyir di bangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan.

Namun paling tidak masuk akal sebuah projek Free Duty Zone yang dianggarkan menelan belanja RM100 Juta yang dimulakan pada tahun 2011 dan sepatutnya siap beroperasi pada 2016.

Ketika ini bangunan utama di bahagian hadapan yang sepatutnya menempatkan ruang legar perniagaan dan pusat pameran masih tidak siap sepenuhnya.

Malah terdapat bahagian bangunan yang sudah mula rosak dan pecah akibat hujan serta kesan banjir.

Dua bangunan utama di bahagian belakang pula masih dalam peringkat awal pembinaan.

bebas cukai4Sementara kerja-kerja prasarana khasnya tempat kumbahan, projek mendalamkan laluan bot masih di peringkat awal.

Maka jangkaan untuk Free Duty Zone ini beroperasi pada 2017 atau 2018 ini bukan suatu yang realistik.

Melihat impak projek ini kepada masyarakat sekitar Kuala Berang pula, bagi Ustaz Mohd projek tersebut langsung tidak memberi nilai ekonomi kepada mereka.

Apa tidaknya kata Ustaz Mohd Nor, kawasan Free Duty Zone yang dibangunkan di Pulau Bayas ini berada jauh dari jeti Kenyir.

Malah dari aspek pengangkutan yang hanya mengharapkan bot dan house boat tidak memberi nilai ekonomi yang baik kepada pelancong mahupun peniaga.

Kos membawa barangan kata Ustaz Mohd Nor sangat tinggi dan ia pastinya akan menyebabkan peniaga menaikkan harga jualan apabila zon bebas cukai ini nanti siap sepenuhnya.

Bagi Ustaz Mohd Nor, sepatutnya zon bebas cukai ini dibangunkan di bandar Kuala Berang yang mana dari sudut perhubungan jalanraya, infrastruktur sudah mencukupi.

bebas cukai5“Saya lihat projek ini hanya suatu pembaziran. Mereka buat projek bukan atas dasar mahu membantu rakyat, sebaliknya hanya mahu masuk poket sendiri,” kata beliau lagi.

Amanah yang diberi sebagai MB hanyalah untuk memastikan mereka dapat menyediakan projek samada untuk diri se diri atau untuk kroni.

Terengganu terkenal dengan negeri bumbung stadium runtuh, makmal runtuh, projek high impact yang akhinya terbengkalai

Belanja jutaan ringgit kononnya atas dasar mahu membantu rakyat akhirnya tenggelam dalam ‘tasik kenyir’ bersama monument kebanggaan dan menjadi air mata rakyat…

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan