Mempersadakan Ameerah Melalui Gelombang ‘Street Dakwah’

2583

Oleh : Haida

Menjelang tahun baharu 2017, Ameerah Terengganu mencipta rekodnya tersendiri dengan mengadakan gelombang Street Dakwah yang melibatkan kesemua lapan daerah di Terengganu. Bermula dari Kemaman hingga Besut, Ameerah tampil dengan variasi pendekatan dalam menyampaikan risalah.

street dakwah dungun HTTinjauan BuletinOnline mendapati antara lain signifikan diadakan Street Dakwah yang julung kali diadakan ini untuk menguar-uarkan Ameerah sebagai salah satu sayap PAS. Hal ini jelas kelihatan risalah “10 Sebab Kenapa Perlu Sertai PAS” yang diedarkan ke tangan semua pengundi sasaran.

Street Dakwah di Taman Rekreasi Teluk Lipat Dungun padat dengan pelbagai aktiviti yang menarik minat masyarakat umum iaitu slot bersama ADUN, busking, kaunter semakan daftar pemilih, badut dan bergambar bersama ular.Ini menjadikan program street dakwah di Dungun sebagai medan simulasi kempen pilihanraya sesuai dengan salah satu objektif gelombang sreet dakwah ini.

Sementara itu Ameerah di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Kemaman bersantai street dakwah bersama pengunjung di Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Teluk Mak Nik. Manakala Ameerah Besut, Hulu Terengganu dan Setiu memilih untuk menyantuni pengunjung di pasar malam dan pasar tani di tempat masing-masing. Hadirnya petugas Ameerah bersama risalah dan belon-belon ceria menggembirakan pengunjung yang didekati.

Pstreet dakwah dungun kaunter SPRengarah program Street Dakwah, Puan Daing Siti Norbaity Abd Latif berkata pihaknya memfokuskan kepada strategi mempersadakan Ameerah sebagai salah satu sayap PAS yang mewakili golongan wanita muda berusia 21 hingga 40 tahun. “Melalui street dakwah kami menunjukkan adanya gelombang wanita muda yang menyokong PAS”.

“Alhamdulillah, setiap kali program besar diadakan, Ameerah akan berperanan sebagai crowd puller (wanita muda khususnya) dengan membuka booth penerangan, booth bergambar, aktiviti sampingan dan sebagainya bagi mengumpul pengikut di kawasan tempatan dan semestinya di alam maya”, ulasnya lagi.

Di samping itu, beliau menambah Ameerah juga dikenali ramai melalui saluran media sosial iaitu Facebook Ameerah Terengganu dan Instagram AmeerahTrgFC yang menjadi platform menyampaikan maklumat dan perkembangan semasa kepada penyokong.

edar risalah sdSementara itu, salah seorang pengunjung, Siti Nabihah Abdullah, 20 ketika ditemui berkata, “Masyarakat amat mengalu-alukan program Street Dakwah seperti ini kerana kami mendapat banyak output. Sebagai contoh, slot ucapan YB Cikgu Alias Harun (ADUN Rantau Abang), beliau mendedahkan mengenai kegunaan Tabung Darul Iman untuk pesakit kronik”.

“Rupanya rakyat boleh membuat permohonan dana membiayai rawatan penyakit kronik ini di setiap DUN masing-masing. Info ini sangat mengejutkan kerana sepatutnya JKKK berperanan memberitahu kepada rakyat, sebaliknya rakyat tidak tahu ke mana hendak dituju. Akhirnya mereka membuat rayuan umum sesama rakyat memohon sumbangan”. katanya lagi.