Ta’awun Mengelakkan Umat Islam Terperangkap

3393

Oleh : Dr. Mohamad Khazani Abdullah

Saya setuju pandangan bahawa sikap Dato’ Ser Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap Iran sama dengan sikap beliau kepada Kerajaan Malaysia.

Kedua-duanya bermatlamatkan mengurangkan ketegangan kalangan umat Islam, dan mengelakkan umat Islam terperangkap dalam tipudaya musuh Islam.

Di Malaysia, hubungan ta’awun dengan kerajaan Malaysia, bukan dengan Umno. Kerajaan Malaysia hak rakyat seluruhnya, bukan hak Parti Umno.

TG Hadi SeminarIranTa’awun dengan kerajaan dilakukan demi perpaduan org Islam/ Melayu tanpa mengira sentimej politik. Ini budaya baru yang PAS bawa.

Di peringkat antarabangsa, Tuan Guru Haji Hadi mahu elakkan ummah dari terus berpecah dimainkan musuh. Musuh guna senjata mazhab supaya orang Islam berpecah.

Pada orang Islam, sunni-syiah isu aqidah. Pada musuh Islam, ianya mainan politik.

Tuan Guru Haji Hadi ke sana dan berjumpa dengan kepimpinan politik kerajaan Iran, bukan dengan kepimpinan Syiah.

Di Malaysia, beliau jumpa dengan pemimpin kerajaan bukan Parti Umno. Di Iran beliau jumpa pemimpin kerajaan Iran, bukan Syiah Iran.

Objektif kedua duanya serupa. Dengan kerajaan Malaysia, perseteruan Melayu dapat dikurangkan.

Dengan Iran, teguran dan cadangan bagi kurangkan tegangan umat Islam di rantau Timur Tengah khasnya.

***Dr. Mohamad Khazani Abdullah ialah Pengerusi Institut Kjian Polisi Terengganu