Antara kesan gempa bumi yang melanda Aceh hampir dua minggu lalu ialah ramai kanak-kanak yang mendapat mendapat jangkitan penyakit kulit, demam dan trauma serta histeria.
Dr. Tea Febriana (Gambar Kanan), pegawai perubatan yang bertugas di lapangan sejak bencana itu melanda berkata, kanak-kanak sewawal umur dua tahun setengah sering ‘berteriak’ di waktu malam kerana trauma tersebut.
“ramai yang mendapat jangkitan sakit kulit, demam dan sering menjerit-jerit, ‘histeria’ pada malam hari……ini adalah yang dialami oleh kebanyakan penduduk pada tempoh ‘pasca trauma’,
“mereka ketakutan ditambah lagi setiap hari berlaku gempa susulan sejak gempa utama,”ujarnya.
Beliau, seorang sukarelawan ‘Hilal Ahmar Society Indonesia’ (HASI) yang berasal dari Jogjakarta, berkata demikian ketika ditemui di pusat rawatan sementara.
‘Posko Bantuan Pelayanan Medis’, HASI itu dibuka di dalam kawasan Sekolah Dasar 1 Meureudu, Pidie Jaya, Aceh, yang menjadi perpindahan dan perlindungan, yang menampung kira-kira 500 orang mangsa gempa dari kawasan berhampiran.
Justeru, beliau berkata, kaedah perawatan dan pemulihan anak-anak tersebut adalah dengan mengadakan program ‘permainan’ dan sentiasa berdamping dengan mereka.
“kia buat ‘game’…..permainan untuk melegakan mereka dan sntiasa berdamping dengan mereka……pada awalnya ramai,
“tetapi telah dupilihkan dan sekarang ada seorang lagi kanak-kanak (di pusat) itu yang masih trauma,”jelasnya.
Pada hari kedua, ‘Misi Aceh Bergegar’, Kumpulan Aktivis Media Independen (KAM) telah menumpukan tinjauan kepada kawasan di mana, rumah-rumah penduduk yang musnah sepenuhnya akibat bencana itu.
Di Desa Pulau Pusong, Mukim Lancok Pidie Jaya, rumah Kamlah Hasan, runtuh keseluruhannya digoncang gempa.
“gempa pertama sahaja terus runtuh……kuat sekali (dan berbuyi) prakkkkk….. kami tak boleh keluar lagi (dari runtuhan) kerana sudah ‘trauma’,
“kemudian saya diangkat (keluar) oleh jiran dan dibawa ke tempat selamat,”ujarya.
Menurutnya, ketakutan peristiwa Tsunami pada tahun 2004 masih didalam pemikiran dan ia berulang apabila, gempa berlaku pada subuh 7 Disember lalu.
Menurutnya, seramai 73 orang dari kampung tersebut, telah telah terkorban pada bencana dahsyat yang berlaku lebih 10 tahun lalu.
https://youtu.be/JOO0oyDt5PQ
https://youtu.be/EXeXCJbZzbU










