Terengganu, Malaysia

Aceh Masih Bergetar!

gempa-aceh1

Aceh masih bergetar dengan kejadian dua gempa bumi susulan dengan kekuatan 5.5 dan 3.5 Skala Ritcher menggoyang daerah Pidie Jaya, pada lewat malam semalam dan dinihari, hari ini.

Kejadian gempa pertama dikesan Badan Metereologi Klimatologi dan Geofisika (BMGK) Indonesi pada kira-kira jam 11.42 malam Waktu Indonesia Barat (WIB) dan kejadian berulang pada jam 1.45 pagi.

gempa-acehGetaran itu, menurut badan tersebut, dapat dirasai di kawasan sama, yang telah digoncang kuat pada 7 Disember lalu, mengakibatkan kebit 100 orang meninggal dunia.

Ketua BMKG Aceh Eridawati menyatakan, lebih 300 gempa susulan yang berlaku sejak kejadian gempa kuat magnitud 6.5 yang turut merosakkan pelbagai banguna serta prasarana wilayah terbabit.

Ratusan mangsa gempa kebanyakkannya wamita, masih menduduki pusat-pusat pemindahan, kerana perasaan trauma dan takut untuk kembali ke rumah masing-masing, ekoran gempa susulan masih kerap terjadi.

Data dari Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) menyatakan, jumlah mangsa di Pidie Jaya dan Bireun mencapai 45,329 orang, manakala kematian sehingga Sabtu seramai 101 orang.

Screenshot (336)Selain itu, hampir 90 peratus bangunan sekolah di derah tersebut rosak, masi belum dipulihkan menyebabkan ramai kanak-kanak bersekolah.

Stesen SCTV melaporkan, Presiden Jokowi menurut Sekretaris Kabinet Pramono Anung sudah memerintahkan Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat segera melakukan rehabilitasi jalan dan sekolah.

Pembaikan harus segera dilakukan agar proses pembelajaran boleh berjalan sebelum Januari tahun depan.

Namun begitu, beberapa buah kampung di mukim Bandar Baru, Pidie Jaya, masih belum mendapat apa-apa bantuan bagi memenuhi keperluan mangsa yang masih berada di pusat pemindahan.

Kini mereka hanya bergantung kepada stok makanan yang disumbangkan oleh beberapa penduduk setempat.

mangsa gempaAntaranya ada mangsa di kampung Blang Baroeh, yang mengeluh kerana ketiadaan keperluan dapur, ubat-ubatan, keperluan bayi dan selimut.

Terdapat seramai 400 orang mangsa yang telah mendirikan khemah di sebuah tanah lapang Para milik warga kampung tersebut, menjadi tempat berteduh kaum wanita dan anak-anak.

Antara mereka ialah Ibu Sakdiyah (Gambar kiri bawah) bersama bayinya, yang menjadikan khemah itu sebagai rumah sementara mereka.

Beliau mengalami luka di bajahian mukanya dan kepala akibat terkena runtuhan bangunan.
“Ini kepala saya terasa sakit……….ini ke rumah sakit sudah dua kali,” ujar Sakdiyah di Blang Baroeh, Aceh, ketika di temui SCTV pada Sabtu.

Screenshot (347)Seorang warga lain, Ramli Sulaiman menyediakan keperluan asas seperti air bersih dan makanan harian mangsa yang masih berlindung di pusat itu.

Selain kampun Blang Baroeh, terdapat beberapa kampong lain yang dilaporkan belum menerima sebarang bantua baik dari pemerintah atau pun NGO.

Antaranya ialah kampung Kayee Jatoe, Blang Sukon, Baroh Musa, Teungoh Musa dan Poroh.

Berita terkait;aceh bergegar

Terbaharu Gempa Bumi Aceh; 92 Terkorban

Gempa Aceh; 300 Gempa Susulan Sejak Tiga Hari Lalu

 

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan