Pejuang Tidak Akan Meninggalkan Aleppo

1972

Para pejuang Aleppo bertekad tidak akan meninggalkan Aleppo walau apa pun keadaan dan menolak sebarang perbincangan mengenai pemindahan keluar.

Members of al Qaeda's Nusra Front carry their weapons as they walk near al-Zahra village, north of Aleppo city, November 25, 2014. Members of al Qaeda's Nusra Front and other Sunni Islamists seized an area south of the Shi'ite Muslim village in north Syria on Sunday after clashes with pro-government fighters, opposition activists said. The insurgents advanced overnight on al-Zahra, north of Aleppo city, seizing territory to the south and also trying to take land to the east in an attempt to capture the village, the Britain-based Syrian Observatory for Human Rights said. Picture taken November 25, 2014. REUTERS/Hosam Katan (SYRIA - Tags: POLITICS CIVIL UNREST CONFLICT)

Yasser al-Youssef dari kumpulan Nureddine al-Zinki, kumpulan pejuang utama di bandar itu, menyifatkan cadangan itu sebagai ‘tidak boleh diterima’ sama sekali.

“Rusia yang sepatutnya pergi, bukan kami,” tegasnya kepada agensi AFP.

Moscow adalah sekutu rapat kerajaan Assad, dan melancarkan campur tangan tentera dalam menyokong Damsyik pada tahun lepas.
Tentera rejim juga telah disokong oleh tentera Iran, pejuang daripada pergerakan Hizbullah Syiah Lubnan serta pejuang Syiah dari negara lain.

“para pejuang tidak akan meninggalkan Aleppo dan akan berjuang membalas serangan Rusia dan Iran sehingga titisan darah terakhir,” kata Abu Abdel Rahman dari kumpulan Tentera Islam al-Hamawi, satu lagi kumpulan pemberontak yang lebih kecil, namun aktif di Aleppo.

Members of the Free Syrian Army are seen at a front line in al-Mid area in Aleppo city in northern Syria October 11, 2012. REUTERS/Zain Karam (SYRIA - Tags: CIVIL UNREST POLITICS TPX IMAGES OF THE DAY)

Pada pertempuran sebelum ini di beberapa bandar utama, para pejuang telah dipaksa untuk berpindah berikutan beberapa kubu kuat mereka termasuk di Damsyik dan Homs, jatuh ke tangan tentera Assad.

Mereka terpaksa bersetuju untuk meletakkan senjata, sebagai balasan untuk laluan selamat ke wilayah pemberontak di tempat lain.

Antara pemindahan paling terkenal adalah pada 2014, pemberontak keluar dari Kota Lama Homs selepas pengepungan kerajaan dua tahun.

Namun tidak pada kali ini, di Aleppo yang menjadi kubu kuat terakhir, walaupun Washington dan Moscow telah mempersetujui perjanjian untuk pemindahan pemberontak dari bandar itu.

Anggaran bagi jumlah pejuang pemberontak di timur Aleppo berbeza-beza.

pejuang syria3Balai Cerap Syria bagi hak asasi manusia yang berpangkalan di Britain meletakkan angka pada 15,000 sebelum serangan bermula.

Duta PBB ke Syria, Staffan de Mistura pada Oktober meletakkan jumlah pada 8,000 orang, kira-kira 900 daripada mereka daripada kumpulan Fateh al-Sham Front, bekas sekutu Al-Qaeda Syria sebelum ini dikenali sebagai Al-Nusra Front.

Kehilangan Aleppo akan menjadi kekalahan terbesar bagi pihak pembangkang dan pejuang, dalam perang saudara lima tahun Syria.