Tentera rejim Syria meneruskan pertempuran untuk menguasai Aleppo pada hari Isnin, apabila Rusia dan China menyerlahkan diri mereka terlibat dengan pembunuhan ribuan manusia, menggunaka kuasa ‘veto’ mengahalang resolusi Majlis Keselamatan PBB.
Badan dunia itu gagal dalam usaha mereka mahu menwujudkan gencatan senjata selama tujuh hari di bandar yann terkepung itu.


Balai Cerap Syria yang berpangkalan di UK untuk Hak Asasi Manusia berkata kemajuan terkini telah meninggalkan sebahagian kejiranan al-Shaar dikelilingi oleh tentera kerajaan.
Pengarahnya Rami Abdel Rahman berkata, tentera telah menyerang kedua-dua, dari dalam timur Aleppo dan juga dari daerah barat.
“Rejim telah ‘mengeringkan’ aliran bekalan peluru para pejuang pemberontak dengan membuka pelbagai aspek serangan hadapan, pada masa yang sama,” katanya.


“Rejim maju [ke dalam al-Shaar] dan terdapat pertempuran sepanjang malam. Pertempuran masih berlaku,” kata Zakaria Malahifji, seorang pegawai yang berpangkalan di Turki dengan kumpulan pejuang Aleppo Fastaqim, memberitahu agensi berita Reuters.
Seorang pejuang dari kumpulan Nour al-Din al-Zinki di Aleppo berkata, tentera kerajaan telah mencapai kemajuan termasuk meletakkan al-Shaar di bawah tekanan, tetapi ia belum lagi dikepung.
Seorang pegawai pemberontak dalam kumpulan pemberontak ketiga, Jabha Shamiya, berkata al-Shaar telah jatuh ke tangan tentera kerajaan, apabila mereka merampas kawasan berhampiran yang mengawal akses kepadanya.
“Karm al-Jabal dan al-Shaar sudah dianggap jatuh,” kata pegawai itu.


Rusia berhujah ketika mengguna kuasa ‘veto’ menolak resolusi PBB, pemberontak akan berkumpul semula sekiranya gencatan senjata berlaku.
Ia adalah kali keenam Rusia telah menolak resolusi Majlis Keselamatan ke atas Syria sejak tahun 2011 dan kali kelima bagi China telah menyekat tindakan PBB.
Sejumlah 11 negara lain yang menjadi ahli majlis itu telah mengundi memihak, agar gencatan senjata diadakan.



























