350 Kanak-kanak Palestin Ditahan Di penjara Israel

3004

Sebuah NGO Palestin berkata, sekurang-kurangnya 350 orang kanak-kanak Palestin ditahan di penjara Israel.

jail“Pihak berkuasa Israel menahan 350 orang kanak-kanak Palestin yang berusia antara 12 dan 18 tahun,” kata Persatuan Tahanan Palestin dalam satu kenyataan sempena Hari Kanak-kanak Sedunia.
Mereka berkata, 12 orang kanak-kanak perempuan adalah antara yang  di penjarakan di Israel kini.

Menurut NGO itu lagi, lebih daripada 2,000 kanak-kanak Palestin telah ditahan oleh tentera Israel sejak 2015.

“Israel telah melakukan beberapa pelanggaran terhadap kanak-kanak Palestin, termasuk menembak peluru hidup terhadap mereka, menahan mereka tanpa makanan dan air di samping memukul dan ugutan,”kata NGO tersebut.

jail chilld palestine1NGO menyatakan bahawa penyiasatan Israel menggunakan ugutan untuk mendapatkan pengakuan daripada kanak-kanak Palestin.

Beberapa kanak-kanak Palestin telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah Israel, manakala yang lain dijatuhi hukuman 10 tahun penjara.

NGO itu menyeru organisasi antarabangsa, terutamanya UNICEF, untuk campur tangan dan melindungi kanak-kanak Palestin di penjara Israel.

Menurut perangkaan rasmi Palestin, lebih 7,000 rakyat Palestin yang kini ditahan di pusat tahanan di seluruh Israel.