Rakyat ‘Masih Kabur’ Tentang Isu-isu Kepenggunaan

3304

DUNGUN – Orang ramai masih ‘masih’ kabur tentang bagaimana menjadi ‘pengguna yang bijak’ dan kesan peningkatan kos sara hidup dalam kehidupan seharian mereka.

program PADU1Badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor rakyat serta pemimpin PAS disaran untuk menganjurkan aktiviti memberi kesedaran kepada orang ramai.

Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Haji Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, rakyat perlu didedahkan dengan isu-isu kepenggunaan supaya tidak terperangkap dengan ‘mainan iklan produk’.

“Pada petangnya (dalam) program ‘Bijak Pengguna’, kita telah mendedahkan isu-isu pengguna terutamanya tabiat kepenggunaan, pengaruh iklan dan bagaimana pengguna sering terperangkap dengan penipuan-penipuan.

“Yang keduanya malam tadi kita mengadakan satu wacana, isu kos sara hidup dan kaitannya dengan ekonomi negara,”jelasnya ketika ditemui.

program PADUBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang program tersebut yang dianjurkan oleh Lajnah Pekerja dan Pengguna Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka, pada Selasa 15 November.
Program anjuran bersama Persuatuan Pengguna Dungun (PADU) itu turut mengadakan ‘Progam Dialog Kos Sara Hidup, Terbebankah Rakyat’ sempena Majlis Makan Malam disebuah hotel di sini.

Pengerusi Kongres Rakyat Malaysia itu juga, orang ramai yang menjadi pengguna perlu faham bagaimana menangani kos sara hidup yang semakin meningkat masa kini.

“Kita telah mengadakan perbincangan tentang…….apa yang harus kita faham tentang kos sarahidup ini dan bagaimana harus kita menanganinya,
“bukan sahaja melihat kepada apa yang kerajaan lakukan, tetapi juga peringkat praktikal secara peribadi,

Azmi Abdul Hamid1“secara keluarga untuk melaksanakan langkah-langkah yang bijak supaya kita dapat mengatasi, meringankan beban kenaikan kos sara hidup,”tegasnya.

Haji Azmi berpuas hati dengan sambutan yang sangat menarik daripada para peserta yang disifatkannya ‘sangat teruja’ dengan isu-isu berkaitan kerana ia ‘sebab sangat dekat dengan mereka’.

“contohnya (ketika) membeli belah, mereka telah dapat melihat perkara-perkara yang telah dibincangkan dan dikupas,

“bagaimana kita tidak harus terikut-ikut dengan cara hidup membeli tanpa berfikir, kesan kepada hal-hal produk pengguna yang banyak perkara yang menjejaskan kesihatan.
“Jadi mereka bertanya perkara yang berkaitan, termasuk juga dengan halal haram. Jadi ‘feedback’ mereka sangat baik,

“Saya fikir masa tidak mengizinkan terlalu lama dan ini satu perkembangan yang baik, penyertaan dan kesan kepada mereka,”kata beliau.

program PADU4Beliau menambah, umumnya masyarakat masih kabur berkait kepenggunaan dan penerangan berkaitan isu tersebut harus dipertingkatkan.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga ADUN Paka Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pengerusi DEI Haji Yahaya Ali dan Pengerusi PADU Jahi Abdul Hamid Ismail.

Haji Hamid mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mmberikan sambutan orang ramai yang hadir.

Beliau berkata, PADU dapat membuka minda masyarakat dan pimpinan politik bahawa gerakan kepenggunaan Ini mampu merubah kerajaan sesebuah negara.

“Dalam suasana yang gawat dalam serba serbinya sekarang ini persatuan pengguna perlu mengambil peranan sebagai NGO yang boleh memainkan peranan penting sebagai gerakan kepenggunaan yang boleh merubah sikap pengguna,”tembah beliau