Libas Parang Terserempak ‘Sang Batik’

2936

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Seorang penternak lembu, mengalami detik-detik cemas apabila terserempak dengan seekor ular sawa sepanjang kira-kira lima meter ketika sedang membersihkan kawasan kandang lembunya .

sang batik Mazian1Mazian Hamzah, 54, berkata, peristiwa tersebut berlaku di Kampung Paya Tok Jembal , kira-kira 5 kilometer dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada hari Isnin 14 November.

Ular sawa itu sebesar peha orang dewasa itu sedang bersembunyi di dalam lubang setelah kekenyangan membaham itik kepunyaan jiran Mazian, Saifullah Ali.

“reban itik saya bersebelahan dengan kandang lembu Mazian…………. saya perasan itik saya selalu hilang dan saya tidak menyangka bahawa itik saya dibaham ular sawa,“ujar Saifullah.

sang batik Mazian“saya sedang menebas semak di sekitar kawasan kandang lembu saya secara tiba-tiba saya terserempak dgn ular sawa tersebut,”kata Mazian, menambah.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Baharu Seberang Takir, kemudian memanggil kawan-kawan berhampiran untuk membantu menangkap ular ‘Sang Batik’ itu.

Setelah berhempas pulas menarik ular itu, beliau akhirnya berjaya menarik ular itu keluar dari lubang persembunyiannya.

“akhirnya saya dan rakan-rakan dapat menangkap ular itu……….saya merasa lega setelah ular sawa itu berjaya ditangkap,“kata Saifullah, seorang Usahawan Tani yang memelihara kira-kira 1000 ekor itik.