Tentera Myanmar berkata pihaknya telah membunuh enam orang Rohingya dan kehilangan dua anggota tentera dalam pertempuran dengan penyerang di negeri Rakhine pada hari Sabtu, dalam perkembangan terkini letusan terbaharu keganasan di rantau yang dilanda krisis itu.
Utara Rakhine, yang merupakan kawasan majoriti kepada minoriti Muslim Rohingya dan bersempadan dengan Bangladesh, telah berada di bawah ‘kuncian tentera’ sejak serbuan mengejut ke atas pos-pos sempadan mengorbankan sembilan orang polis mati bulan lalu.


Pemerintah Myanmar mendakwa ia dilakukan oleh kumpulan radikal militan Rohingya yang mempunyai kaitan dengan pemberontak di luar negara.
Krisis ini dan laporan pencabulan hak asasi manusia sedang dijalankan seiring dengan tindakan keras pihak keselamatan negara telah diberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan awam baharu Myanmar.
Ia menimbulkan persoalan mengenai keupayaan kerajaan Aung San Suu Kyi yang dipilih secara demokratik, untuk mengawal tentera.
Pihak berkuasa juga mengetatkan akses ke kawasan yang terbabit, menjadikan ia sukar untuk mengesahkan laporan terhadap kerajaan atau tuduhan penderaan oleh tentera.


Menuruy satu kenyataan yang dikeluarkan, pertembungan itu dilaporkan berlaku pada awal pagi semasa “operasi pembersihan” di kampung Ma Yinn Taung di perbandaran Maungdaw.
“Dalam pertempuran itu, enam mayat penyerang bersama-sama dengan senapang yang yang dicuri pada serangaan 9 Oktober telah diambil,” kata tentera, sambil menambah bahawa seorang askar juga mati, manakala yang lain cedera.
Askar kemudian mengikuti penyerang ke kampung Gwa Zon berdekatan di mana mereka menghadapi gerombolan bersenjata sekitar 500 orang, kata tentera.
“Tentera bangkit tetapi kumpulan penyerang adalah sangat besar jumlahnya dan tentera terpaksa menggunakan dua helikopter,” kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa seorang pegawai terbunuh dalam operasi itu.
Dakwaan Penderaan Seksual


Manakala kumpulan hak asasi antarabangsa telah berulang kali menggesa Suu Kyi untuk memutuskan satu penyelesaian bagi orang-orang Rohinya yang tertindas itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jumaat, wakil khas PBB mengenai keganasan seksual dalam konflik Zainab Hawa Bangura berkata, beliau amat bimbang dengan laporan itu.
Beliau berkata ia adalah penting bagi pemerintah Myanmar untuk memberikan kebenaran kepada bantuan kemanusiaan ke kawasan tersebut bagi memberi sokongan kepada mangsa.
“Peningkatan keganasan baru-baru ini boleh membawa kepada lebih banyak insiden serangan seksual,
“dan oleh itu saya menyeru kerajaan Myanmar mengambil langkah-langkah untuk menghentikan lingkaran keganasan ini, terutamanya terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan,” katanya.





























