Wilayah Kashmir Semakin Tegang!

1223

Ketegangan berterus apabia tentera India dan Pakistan berbalas tembakan di sempadan yang dipertikaikan mereka, di Kashmir pada hari Selasa, dua hari selepas satu serbuan maut ke atas pangkalan tentera.

Jurucakap tentera India Kolonel Rajesh Kalia berkata ada satu ‘perlanggaran gencatan senjata’ berhampiran Uri, di mana serangan pada Ahad ini berlaku, tetapi tidak memberikan butiran.

Uri adalah berhampiran Line Kawalan (LOC) yang membahagikan wilayah yang dipertikaikan.

india pak border kashmir“Pertukaran tembakan kecil senjata api adalah di dalam kawasan itu,” kata seorang pegawai kanan polis kepada AFP.

Dalam perkembangan berasingan, Kalia berkata tentera di kawasan yang sama telah menyekat cubaan individu disyaki pejuang Kashmir, menyeberangi LOC ke Kashmir yang ditadbir India.

“Sekumpulan 10-12 pejuang cuba untuk menyusup masuk ke sektor Uri. Mereka telah dipintas dan cubaan penyusupan telah digagalkan,” katanya kepada AFP.

Agensi ‘The Press of Trust of India’ melaporkan 10 suspek militan terbunuh dalam kejadian itu tetapi ini tidak dapat segera disahkan.

India kerap menuduh musuh ketatnya Pakistan melengkapkan dan menghantar pemberontak di seluruh sempadan yang membahagikan Kashmir antara kedua-dua negara, untuk melancarkan serangan ke atas pasukannya.

Kejadian berbalas tembakan pada Selasa itu adalah yang pertama sejak serangan pada Ahad dan tentera India telah mempersalahkan kumpulan militan berpangkalan di Pakistan Jaish-e-Mohammad.

crpf759Kumpulan yang sama dikatakan terbabit dalam serangan berani ke atas sebuah pangkalan tentera udara India di Pathankot di negeri utara Punjab pada bulan Januari.

Ia menyebabkan tujuh terkorban dan harapan untuk mengembalikan semula rundingan damai berkecai.

Angka kematian akibat serangan Ahad lalu di mana empat lelaki bersenjata melemparkan bom tangan adakah amat tinggi iaitu 18 orang.

Perdana Menteri Narendra Modi telah berikrar untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab.

Modi, semasa kempen pilihan raya telah berjajnji untuk mengambil ‘garis keras’ ke atas Kashmir dan telah menghadapi gesaan dari veteran tentera dan juga beberapa kelompk dalamnya, untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap Pakistan.

Pada hari Ahad Menteri Dalam Negeri Rajnath Singh menuduh Pakistan memberikan sokongan berterusan kepada keganasan dan kumpulan pengganas .

kashmir1Tetapi pakar-pakar keselamatan berkata India tidak mempunyai keupayaan ketenteraan untuk mengambil tindakan terhadap jirannya di rantau Himalaya yang dibahagikan itu.

Keadaan tegang berlaku selepas minggu pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan membantah pemerintahan India.

Kashmir telah berpecah antara India dan Pakistan sejak akhir pemerintahan British pada tahun 1947.

Kedua-dua negara menuntut wilayah Himalaya itu keseluruhannya dan telah berperang dua jaki atas sebabnya.

Beberapa kumpulan pejuang pembebesan Kashmir telah menentang kira-kira 500,000 tentera India yang dikerahkan ke wilayah bergolak itu, yang menuntut kemerdekaan atau bergabund dengan Pakistan.

Berpuluh-puluh ribu orang telah meninggal dunia dalam pertelingkahan tersebut, kebanyakannya adalah orang awam.