17 Askar Tentera India Terbunuh Dalam Serangan Ke Atas Ibu Pejabat Batalion

1887

17 orang askar tentera India terbunuh selepas empat lelaki berani mati dipercayai para pejuang, yang lengkap bersenjata menyerang ibu pejabat batalion tentera di Uri, 120 km ke barat Srinagar ibu negeri Kashmir.

Keempat-empat pejuang tersebut turut terbunuh.

Kementerian Pertahanan India berkata sejumlah 35 askar lain telah cedera dalam serangan yang bermula pada 4:00 pagi itu.

Syed-SalahuddinIa mengesahkan amaran pejuang Kashmir yang paling dikehendakki di India, Ketua Hizbul Mujahideen Syed Salahuddin (gambar kanan), yang berikrar pada awal bulan ini.

Beliau berkata, akan melatih lebih ramai pengebom berani mati Kashmir, yang akan menjadi “tanah perkuburan untuk tentera India”.

Ekoran serangan tersebut, tentera India telah menggunakan helikopter untuk menggugurkan pasukan khas dan memindahkan mangsa yang cedera.

Ketua tentera India General Dalbir Singh Suhag bergegas ke Kashmir berikutan serangan itu, dan Menteri Pertahanan India Manohar Parrikar yang memendekkan lawatannya ke Goa.

Angka kematian tentera adalah yang tertinggi berbanding tahun-tahun kebelakangan ini.

syahid kashmirSatu serangan serupa pernah berlaku pada tahun 2014, juga berhampiran Uri, telah menjadikan lapan anggota tentera dan empat anggota polis terkorban.

Kashmir, negeri di utara India, telah ‘menggelegak’ sejak pembunuhan komander Hizbul Mujahideen Burhan Wani pada 8 Julai.

Protes mass berlaku sebaik sahaja selepas itu dan perintah berkurung yang dikenakan untuk cuba menekan protes dari berlarutan.

Sejak itu, lebih daripada 80 orang awam terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan dan seramai 10,000 telah cedera.

India menuduh Pakistan menyokong serangan pejuang di Jammu dan Kashmir; dimana kedua-dua negara menuntut negeri itu sepenuhnya tetapi hanya memerintah sebahagian sahaja.

KashmirPakistan menafikan sebarang peranan dalam keganasan merentas sempadan, dan menggesa PBB dan masyarakat antarabangsa untuk menyiasat kekejaman yang didakwa telah dilakukan oleh pasukan keselamatan India di Kashmir.

Bangsa-Bangsa Bersatu yang tidak lama lagi akan mengadakan perhimpunan agung tahunannya di New York dijangka meletakkan wilayah bergolak Kashmir dalam agendanya.