Muslimat Pemacu Kemenangan PRU-14

2145

Oleh : Azizah Mahmood

Muslimat Terengganu terus melangkah memantapkan jentera pilihanraya, sebagaimana amanat mantan Ketuanya almarhumah Cikgu Safinah Jusoh yang mahu muslimat meneruskan kerja kerja pilihanraya, biarpun beliau telah meninggalkan kita dan tiada lagi bersama kita.

pelancaran jentera PRMuslimatKompleks Tarbiyyah At Taqwa (Komtaq) menerima kehadiran seramai hampir 500 orang ahli Muslimat semua peringkat dalam program “Pelancaran Jentera Pilihanraya Muslimat Negeri Terengganu”.

Pengarah Pilihanraya Muslimat Negeri Terengganu Hajah Shamsiah Abu Bakar berkata dalam ucapan aluannya, “Muslimat berperanan samada secara individu ataupun berorganisasi dalam memacu kemenangan PAS pada pilihanraya akan datang,

“Pengundi remaja Halwa perlu di dekati kerana mereka adalah sebahagian dari sasaran kemenangan dan semua peringkat perlu mengemaskini organisasi masing masing.”

Menurut pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu Hajah Zarani Othman “Muslimat adalah berkewajipan memilih pemimpin yang amanah, di samping perlu untuk terus memacu tugas dalam memikul amanah Allah tanpa mencipta berbagai alasan.”

ariffin deramanPersempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR menampakkan dengan jelas penipuan BN dalam kerja kerja untuk memenangi pilihanraya akan datang dan kesemua tindakan yang tidak masuk akal adalah semata mata untuk menyekat kemenangan PAS di Terengganu.
Muslimat perlu untuk terus meningkatkan semangat kerja dan mengambil peluang yang ada dari pergolakan Umno Terengganu untuk terus menarik undi PAS pada PRU 14,.

“Muslimat sudah sinonim dengan kerja kerja memancing undi dan Muslimat boleh menjadi pemangkin kemenangan,” ujar Pengarah Pilihan Raya Negeri Terengganu YB Ariffin Deraman ketika menyampaikan penerangan semasa berkenaan pilihanraya akan datang.

“jangan sekadar gagah di lokaliti ataupun cawangan kita, Muslimat jangan sekadar jadi jaguh kampung tetapi perlu bersedia dan bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya yang makin hampir,

Noraini Hussin“tanggungjawab kepada parti adalah tanggungjawab kepada Allah, kerana itu setiap diantara kita perlu memiliki sifat-sifat seperti yang di tunjukkan Muhammad Al Fateh,” ujar Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Terengganu Haji Yahya dalam ucapan perasmiannya.

Kemuncak program menyaksikan lontaran taujihat dari Pengarah Pilihan Raya Muslimat Malaysia Puan Hajah Noraini Hussin yang berkata, “jika muslimat semua tidak sanggup untuk berkorban,maka kerugian akan di kecapi oleh diri kita sendiri. medan perjuangan PAS adalah gedung pahala dan kita memerlukan PAS sebagai jalan ataupun wadah menuju Allah SWT.”

Program berakhir dengan penyampaian watikah kepada pengarah pilihanraya muslimat kawasan kawasan dan ketua Halwa DUN-dun dan majlis bacaan ikrar dan mengangkat ‘Playcard’ RUU 355 sebagai sokongan pada Tuan Guru Presiden.