Penguatkuasaan Pengharaman ‘Burkini’ Di Gantung Sementara Waktu

2021

Sebuah mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis telah menggantung larangan kontroversi pemakaian ‘Burkini’, pakaian mandi wanita sepenuh badan, sementara menunggu keputusan muktamad.

Majlis Negara membuat keputusan pada Jumaat berikutan permohonan daripada Liga Hak Asasi Manusia untuk membatalkan pengharaman di bandar pinggir laut Mediterranean di Villeneuve-Loubet atas alasan ia melanggar kebebasan awam.

Mahkamah terbabit berkata dalam satu kenyataan bahawa perintah untuk mengharamkan burkinis adalah “serius, dan jelas secara haram, melanggar kebebasan asasi untuk datang dan pergi, kebebasan kepercayaan dan kebebasan individu”.

burkini-seaDi bawah sistem undang-undang Perancis, keputusan sementara boleh diturunkan (dikuatkuasakan) sebelum mahkamah mengambil lebih banyak masa untuk menyediakan hukuman terhadap kesahihan asas sesuatu kes itu.

Keputusan ini adalah mungkin untuk menetapkan satu ‘duluan’ (precedent) kepada kira-kira 30 bandar-bandar di seluruh Perancis yang telah mengharamkan burkini, kebanyakannya di sepanjang pantai tenggara.

Sebuah mahkamah di pusat peranginan Riviera, bandar Nice, yang mengekalkan larangan itu awal minggu ini, turut terikat dengan keputusan mahkamah terbaharu itu.

Keputusan pada hari Jumaat itu juga, membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh hakim-hakim yang lebih rendah.

Larangan pemakaian ‘burkini’ sebelum ini telah mencetuskan perdebatan sengit mengenai hak-hak wanita dan sekularisme dijaga ketat di negara Perancis.

Presiden Francois Hollande berkata pada hari Khamis bahawa kehidupan di Perancis “mengandaikan bahawa semua orang terikat kepada peraturan dan di sana tidak terdapat provokasi atau stigma”.

Perdana Menteri Manuel Valls pada Khamis mengutuk mana-mana “stigma” umat Islam, tetapi menegaskan bahawa burkini itu adalah “tanda politik dakwah agama”.

“Kita tidak berperang dengan Islam ……… republik Perancis mengalu-alukan [umat Islam], kami melindungi mereka terhadap diskriminasi,” katanya kepada BFMTV.

wanita dipaksa bogel3Bekas Presiden Perancis Nicolas Sarkozy, yang mengumumkan beliau akan bertanding dalam pilihan raya pada 2017, turut berkata, jika dia menjadi pemimpin sekali lagi dia akan mengharamkan ‘Burkini’.

Amnesty International Mengalu-Alukan Keputusan Terbaharu

“Dengan terbaliknya larangan diskriminasi yang didorong oleh dan menjadi bahan api prasangka dan sikap tidak bertoleransi, keputusan hari ini (semalam) telah menarik ‘garis penting dalam pasir’,” kata Pengarah Amnesty Eropah, John Dalhuisen .

“Pihak berkuasa Perancis kini perlu menggugurkan dakwaan bahawa langkah-langkah ini (mestilah) melakukan apa sahaja untuk melindungi hak-hak wanita,” katanya.

Sehubungan itu, berikutan keputusan tersebut, Majlis Imam Muslim Perancis memuji pemerintah sebagai “kemenangan bagi akal”.

Majlis Negari mendengar hujahan Liga Hak Asasi Manusia dan kumpulan anti-Islamophobia.

Kemarahan terhadap isu itu lagi ‘radang’ minggu ini apabila gambar-gambar disiarkan dalam media British menunjukkan polis lengkap bersenjata mengelilingi seorang wanita yang memakai tudung, di sebuah pantai di Nice, dan yang mengarahkannya menanggalkan pakaian menutup aurat.

Perancis merupakan negara Eropah pertama yang mengharamkan pemakaian purdah Islam di khalayak ramai pada tahun 2010.