Angkatan Penaklukan Israel (IOF) pada waktu subuh Rabu telah merobohkan sebuah rumah di bandar Surif utara Hebron dengan seorang lelaki Palestin yang masih tinggal di dalamnya, di tengah-tengah pertempuran sengit yang berlangsung selama berjam-jam.
Tentera Israel berkata, lelaki yang terbunuh adalah seorang pejuang Palestin yang bernama Mohammed Al-Faqih, yang mayatnya ditarik keluar dari runtuhan rumahnya.
Saksi berkata, tentera Israel telah menyeru Al-Faqih menyerah diri sebelum mereka melepaskan 11 peluru berpandu anti-kereta kebal ke arah rumah dan memusnahkannya sama sekali.
Pihak berkuasa Israel menuduh bahawa Mohammed bertanggungjawab menembak berhampiran penempatan haram Otniel, yang menyebabkan seorang rabbi mati dan tiga yang lain cedera awal bulan ini.
Penduduk tempatan dari Surif berkata sekurang-kurangnya enam yang lain cedera akibat tembakan hidup dan lima yang lain dengan peluru getah semasa pertempuran, manakala tentera menghalang pasukan paramedik Palestin dan Bulan Sabit Merah daripada sampai memasuki kejadian.
Menurut sumber Palestin, Sumber Israel berkata tiga remaja lain ditahan kerana disyaki terlibat dalam pertempuran bersenjata, manakala seorang lagi cedera ringan dan dibawa ke hospital. – PNN










