Terengganu, Malaysia
Pendapat

Hebat Raya Parlimen PAS Kuala Terengganu

20160721_112649 (2)

Oleh : Azizah Mahmood

Ramadhan yang berlalu pasti tidak di biarkan begitu sahaja, kemeriahan menyambut Syawal di raikan oleh PAS Parlimen Kuala Terengganu bersama DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS).

Pada 16 Syawal di perkarangan Pejabat penyelaras Ahli Parlimen dan juga pejabat DHPP di tengah tengah bandar Kuala Terengganu di Jalan Banggol.

Screenshot (713)Program bermula jam 11.00 pagi dengan kehadiran penghuni bandar itu sendiri yang terdiri dari kaum tionghua dan peniaga peniaga sekitar bandar.

“kita PAS tidak pernah lupa pada pengundi DUN Bandar dan seluruh DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu, tanpa mengira kaum kita menjemput semua pengundi dalam Kuala Terengganu untuk sama sama meraikan hari kebesaran umat Islam di seluruh dunia. Kita semua masih lagi PAS yang tetap akan menjaga hubungan dengan semua tanpa mengira kaum.

“PAS akan tetap bersama pengundinya dalam apapun permasalahan. Kami yakin anda masih tetap dengan PAS.” ujar Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah selaku YDP PAS Kawasan Kuala Terengganu ketika berucap di hadapan pengunjung yang sedang menikmati hidangan.

IMG_20160726_161847Dengan menu nasi minyak, tapai, ketupat dan rendang di samping aiskrim istimewa dari Ekonomi Pemuda Kuala Terengganu (Oasis aiskrim) pengunjung hampir seribu orang begitu teruja.

Bahkan seorang pengunjung yang hanya menyebut namanya Ho Seng berkata “setiap tahun saya mesti tunggu hari raya ini, ini hari besar PAS, jadi saya mesti datang” beliau yang datang bersama cucunya yang baru pulang dari sekolah kelihatan merasai semua hidangan.

“Semua pengundi DUN Bandar sudah jadi keluarga besar PAS DUN Bandar,kita sambut hari kebesaran bersama,kita meraikan Tahun Baru Cina dan mereka orang orang cina meraikan hari raya kita, itulah namanya kesepakatan dan ukhuwah di dalam PAS,” ujar Ustaz Ahmad Shah Muhamed,  Pengerusi MTD Bandar ketika memberi ucapan aluan selaku tuan rumah.

IMG_20160726_161753Majlis berlangsung dari jam 11 pagi hingga 3 petang di seliaurus oleh 30 orang petugas yang terdiri dari AJK Dewan Muslimat, Pemuda , MTD Bandar dan DHPP di samping dari petugas pejabat Penyelaras Parlimen, Saudara Syed Ali.

Ketua Muslimat PAS dalam ucapannya menyebut “isu isu terkini yang begitu menekan rakyat seperti GST masih lagi membuat rakyat terhimpit di tambah lagi dengan isu baru LPT dengan kadar tol yang tak patut.

“Semua ini menambah beban kepada rakyat Terengganu dan PAS tetap akan memperjuangkan nasib golongan marhaen ini,” ujar Hajjah Shamsiah Abu Bakar kepada pengunjung yang hadir terutama kaum wanita yang begitu terkesan dengan kadar harga barang yang meningkat.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan