Tentera Myanmar, yang kini sedang menyiasat kematian lima penduduk kampung semasa disoal siasat oleh tentera, berjanji akan menghukum orang yang melakukan kezaliman.
Ia adalah satu pengakuan yang jarang berlaku dari tentera yang sekian lama dituduh melanggar hak asasi manusia.
Tentera, yang memerintah negara miskin selama hampir setengah abad sehingga 2011, jarang mengaku salah laku walaupun telah melakukan penindasan yang kejam, sebelumnya.
Pelbagai tuduhan telah dilemparkan sebelum ini, termasuk menggunakan buruh kanak-kanak untuk menjalankan perdagangan dadah yang berkembang pesat di kawasan sempadan terpencil.
Tetapi pada hari Rabu, ketua keselamatan tentera mengakui lima penduduk kampung dianggap pemberontak dari negeri Shan telah terbunuh semasa disoal siasat oleh pihaknya pada bulan lalu.
Mayat mereka ditemui dalam lubang cetek beberapa hari kemudian, yang menyebabkan penduduk tempatan menuduh pegawai yang menyebabkan kematian tersebut.


“Pembunuhan yang berlaku sebagai (tentera) tidak mengikut peraturan-peraturan. Saya mahu anda tahu bahawa kita akan mengambil tindakan berkesan terhadap mereka yang bertanggungjawab,” kata Mya Tun Oo ketika disoal siasat.
Pengakuan itu muncul sewaktu masa perubahan pesat untuk peranan tentera di Myanmar, yang kini diketuai oleh pentadbiran awam buat kali pertama dalam beberapa dekad.
Tentera, yang memberi laluan pada tahun 2011 kepada sebuah kerajaan yang seakan-orang awam, telah semakin berminat untuk meningkatkan reputasinya apabila Myanmar dikecam di pentas dunia.
Walaupun ia membenarkan pemilihan bersejarah November, yang membawa aktivis demokrasi Aung San Suu Kyi berkuasa, namun tentera masih mengawal ‘kunci’ utama kerajaan dan bahagian besar aktiviti ekonomi.
Setakat ini Suu Kyi telah mengambil pendekatan berdamai dengan para Jeneral yang telah menahan beliau di bawah tahanan rumah selama bertahun-tahun.
Penganalisis berkata aktivis veteran itu, mesti berjalan diatas ‘garis-hati’ tentera kerana dia memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan perjanjian damai dengan beberapa entik militant pemberontak yang masih berjuang menentang negara Myanmar.





























