Sekurang-kurangnya 6,000 orang telah ditahan di seluruh Turki berhubung dakwaan berkait dengan cubaan rampasan kuasa pada Jumaat.
Menteri Keadilan Bekir Bozdağ berkata pada Ahad, kerajaan sebelum ini berkata kira-kira 3,000 anggota tentera telah ditangkap dan malam tadi seorang pendakwa kanan mengarahkan penangkapan hampir 2,750 hakim yang dituduh mempunyai hubungan dengan Pertubuhan pelampau Fetullah, berdidakwa menjadi dalang di belakang rampasan kuasa.
“Proses undang-undang akan diteruskan, ini akan menjadi kes yang paling banyak yang pernah dilihat dalam sejarah Turki ,” kata Bozdağ kepada TRT agensi penyiar milik negara.
Beliau berjanji bahawa mereka terlibat dalam rampasan kuasa yang gagal itu akan “membayar harga”.
Cubaan pengambilalihan pentadbiran negara dikatakan telah dianjurkan oleh pengikut Fetullah Gulen yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Gulen telah lama dituduh melakukan kempen untuk menggulingkan kerajaan melalui penyokong di dalam negeri Turki, terutamanya tentera, polis dan badan kehakiman.
Bozdağ mengulangi gesaan Presiden Recep Tayyip Erdogan agar Amerika Syarikat untuk mengekstradisi Gulen.
“Melindungi [Gulen] akan melemahkan kedudukan AS dan merosakkan reputasinya, saya menganggap AS tidak akan menyokong seseorang yang melakukan perbuatan ini terhadap Turki.” ,” katanya.
Rampasan kuasa itu menyaksikan 200 orang terbunuh di seluruh negara.
Sementara itu, lebih daripada 50 pegawai kanan tentera dikaitkan dengan cubaan rampasan kuasa tentera Jumaat telah ditangkap di wilayah barat Denizli awal Ahad.
Mereka yang ditahan termasuk Maj. Gen. Ozhan Ozbakir, komander garrison Denizli dan Briged Komando ke-11, kata sumber itu yang enggan dikenali kerana sekatan pada bercakap kepada media.
Seramai 52 ditahan telah dibawa ke wilayah Izmir dan kira-kira sejumlah keseluruhannya 3,000 anggota tentera telah ditangkap dan 20 tentera pro-rampasan kuasa, termasuk pegawai-pegawai kanan, telah terbunuh.
Menurut Perdana Menteri Binali Yildirim 161 orang awam dan pihak keselamatan telah mati syahid dalam keganasan kudeta itu.










