Anakanda Pengasas Hizbul Muslimin Dinobat Anugerah Jasamu Dikenang DMPM

1252

Almarhumah Hajah Naqibah No’ma bt Hj. Abu Bakar Al-Baqir dinobatkan Anugerah Jasamu Dikenang bersempena Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS kali ke-56. Ayahhanda beliau, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir merupakan seorang pejuang kemerdekaan dan pengasas Hizbul Muslimin.

Selain itu, ayahanda beliau mengasaskan Institusi Pengajian Islam dan Maahad Ehya’ As-Syarif. Ini sedikit sebanyak menyuntik semangat juang beliau sejak kecil lagi.

Beliau yang dilahirkan pada 12 Disember 1946 di Kg Ehya, Gunung Semanggol, Perak merupakan anak ke-3 dari 4 adik beradik hasil perkongsian hidup antara Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan Hjh Fatimah bt Abdul Rahman.

Pendidikan awal beliau di Maahad Ehya’ As-Syarif, Semanggol dan telah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Hj. Mohamed Ghazali bin Tain pada tahun 1969 dan dikurniakan seorang puteri.

Rentetan semenjak kecil lagi beliau telah menyaksikan bagaimana ayahanda tercinta dikenakan tahanan politik ,oleh yang demikian kronologi penglibatan beliau dalam arena politik cukup menarik hampir pelusuk Malaysia. Beliau mula aktif dengan gerakan Islam semasa tinggal di Melaka pada tahun 1980-1986.

Pada mulanya beliau aktif dengan gerakan ABIM dan kemudiannya melibatkan diri secara aktif bersama PAS.

Penglibatan beliau dalam persada jemaah PAS bermula pada tahun 1982, yang dilantik sebagai Ketua Lajnah Tarbiyyah Dewan Muslimat PAS Melaka. Pada 1985 pula, Setiausaha DMPN Melaka seterusnya pada 1987 sebagai Ketua Muslimat PAS Kawasan Tawau. 1988-1992 Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah. 1993-1997 Ketua DMPK Ipoh Barat. 1995 Setiausaha Lajnah Tarbiyyah DMPN Perak. 1995-1997 Setiausaha DMPN Perak. 1995-1997 Naib Ketua DMPN Perak. 1999-2004 Ketua DMPN Perak dan pada 2003-2011 sebagai Ketua DMPK Taiping.