Amnesty International menuduh ekspot senjata hampir separuh ahli Kesatuan Eropah (EU) ke Mesir menjadi bahan pembunuhan dan penyeksaan serta penyalahgunaan kuasa keatas rakyat oleh rejim Abdel Fattah al-Sisi.
Organisasi antarabangsa tersebut menuduh Presiden Mesir itu melaksanakan pemerintahan ultra-autoritarian yang menindas sejak beliau menggulingkan persiden pertama dipilih secara demokratik, Mohamed Morsi pada tahun 2013.
Dalam laporannya Amnesty berkata, 12 daripada 28 negara anggota EU kekal di kalangan pembekal utama senjata dan peralatan kepolisan kepada Mesir
Amnesty berkata ia melanggar penggantungan EU terhadap sebarang pindahan senjata ke Mesir selepas beratus-ratus penunjuk perasaan dibunuh tregedi yang dipanggil ‘Rabaa’, dimana rejim menunjukkan kekuatan terlalu berlebihan pada bulan Ogos 2013
“Pada 2014 sahaja, negara-negara EU yang diberi kuasa keatas 290 lesen untuk peralatan ketenteraan ke Mesir, mengekspot berjumlah lebih daripada € 6 bilion ($ 6.77 bilion),” kata Amnesty.
Senjata dari negara anggota EU yang dihantar ke Mesir termasuk senjata kecil, senjata ringan dan peluru, kereta perisai, helikopter tentera, senjata separa berat dan teknologi pengawasan.
“EU perlu segera mengenakan ‘embargo’ ke atas semua pemindahan jenis senjata dan peralatan yang digunakan oleh Mesir,
“untuk melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang serius,” kata ketua kawalan senjata dan hak asasi manusia di Amnesty, Brian Wood.
Amnesty berkata keadaan hak asasi manusia telah merosot, dengan penindasan dan hampir tidak ada akauntabiliti .
“Penggunaan kekerasan yang berlebihan, tangkapan massa sewenang-wenangnya, penyeksaan, dan kehilangan dikuatkuasakan (enforced disappearances),
“ telah menjadi sebahagian daripada modus operandi pasukan keselamatan (Mesir),” kata Timbalan Pengarah Program Timur Tengah dan Afrika Utara Amnesty, Magdalena Mughrabi
Syarikat-syarikat dari beberapa negara EU adalah termasuk Britain, Jerman dan Itali, juga telah membekalkan Mesir dengan peralatan canggih atau teknologi, digunakan dalam pengawasan.
Selain itu, sembilan negara lain termasuk Bulgaria, Cyprus, Republik Czech, Perancis, Hungary, Poland, Romania, Slovakia dan Sepanyol.
Sejak tentera menggulingkan presiden Morsi pada tahun 2013, pihak berkuasa telah melancarkan tindakan keras dan kejam terhadap penyokongnya yang menyaksikan beratus-ratus terbunuh dan berpuluh-puluh ribu dipenjarakan.
Para ramai aktivis yang mengambil bahagian dalam pemberontakan 2011 juga telah dipenjarakan.











