Terengganu, Malaysia
Pendapat

Penoreh Tidak Mampu Membeli Sekampit Beras

20160503_175940

Dalam keadaan musim kemarau sekarang ditambah pula dengan musim pokok getah baru mula mengeluarkan pucuk muda.

Waktu sebegini adalah waktu sesak bagi penoreh getah kerana pokok getah tak menghasilkan banyak susu. Susu getah yang sedikit pula banyak bercampur dengan air.

Walau tak berapa keluar susu, pohon getah tetap perlu ditoreh. Itu saja mata pencarian yang ada demi mencari sesuap rezeki untuk keluarga.

20160503_182241Memetik kata-kata orang Kampung Padang Lengkuas, “Sekarang ni ramai penoreh getah terpaksa berhutang untuk makan,” Suatu realiti yang sangat menyedihkan. Penoreh sudah tak mampu untuk beli sekampit beras 5kg atau 10kg. Pemilik kedai runcit di kawasan sekitar yang ditemui memaklumkan, sekarang orang kampung datang beli beras sekilo atau 2 kilo saja seorang.”

Untuk nak mengelakkan cuaca panas agar susu getah yang keluar sedikit menitik lebih lama ke dalam bekas, sekarang penoreh getah menukar waktu dengan mula keluar menoreh selepas solat isyak sehingga selesai menjelang tengah malam.

Walau ianya agak berisiko dan terdedah kepada bahaya, mereka tak mempunyai pilihan.

Seorang pemimpin yang takutkan Allah tak akan mampu tidur lena dan menyuap makanan sedap ke mulut sendiri bila memikirkan bagaimana sukarnya keadaan hidup rakyat sekarang.

Kami di Majlis Tindakan DUN Jabi cuba membantu seadanya, dengan Program Sekampit Beras Untuk Penoreh Getah yang diadaka di Kampung Padang Lengkuas, Jabi petang semalam, Selasa 3 Mei 2016.

20160503_175546Menyerahkan sumbangan seadanya dengan senyuman walau sebenarnya hati kami menangis.

Tak sampai hati kami nak menyusahkan lagi mereka untuk datang menerima sumbangan, lantas kami sendiri yang turun ke medan dari rumah ke rumah, tangga ke tangga.

Walau ianya sumbangan yang tak seberapa, tapi program ini kami akan teruskan dari kampung ke kampung sehingga selesai dengan purata kira-kira 15 penerima di setiap kampung dan DUN Jabi memiliki lebih 25 buah kampung.

Menoreh getah adalah pekerjaan tradisi dan majoriti masyarakat Jabi. Jabi dan getah tak dapat dipisahkan umpama pisau toreh dan pokok getah.

Dr. Azman Ibrahim
Pengerusi MTD Jabi

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan