Terengganu, Malaysia

Pelampau Yahudi Memecah Masuk al-Aqsa Sekali Lagi

aqsa1

Puluhan pendatang pelampau Yahudi memecah masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa dan melakukan melakukan ritual Talmud.

Pengarah Masjid Al-Aqsa Sheikh Omar al-Qiswani berkata kira-kira 130 peneroka pelampau, yang disokong oleh polis Israel, menyerbu kawasan masjid melalui pintu gerbang Al-Mugharbeh,.

alaqsa“Mereka melawat kawasan itu, melalui Kubah Masjid Rock, dan melakukan ritual Talmud sebelum meninggalkan melalui pintu Al-Rahemah,” katanya kepada Anadolu Agency pada Selasa .

Menurut al-Qiswani, polis Israel menyerang pengawal Palestin masjid apabila mereka cuba untuk menghalang pelampau daripada melaksanakan ritual tersebut.

Kumpulan pendatang haramn itu telah menggesa pengikut untuk memasuki perkarangan Al-Aqsa yang bersempena cuti Paskah Yahudi, yang berlangsung dari 22 April hingga 30.

“Sejak tiga hari yang lalu, kira-kira 500 penduduk Yahudi, disokong oleh polis Israel, telah memaksa masuk ke Al-Aqsa”

“para jamaah dan pengawal ak-Aqsa, bagaimanapun telah berdiri untuk menghalang dalam percubaan mereka untuk menyerbu kawasan masjid,” kata jurucakap Waqaf Firas al-Dib.

intifada12Bagi umat Islam, Al-Aqsa mewakili tapak ketiga paling suci di dunia.

Manakala pelampau Yahudi, bagi sebahagian mereka, merujuk kepada kawasan itu dirujuk sebagai “Temple Mount,” yang didakwa ia merupakan tapak dua kuil Yahudi pada zaman purba.

Beberapa kumpulan Yahudi pelampau telah menyeru perobohan Masjid Al-Aqsa supaya sebuah kuil Yahudi akan dibina di tempatnya.

Pada bulan September 2000, lawatan Ariel Sharon ke perkarangan al-Aqsa telah mencetuskan kontroversi dan kemudiannya ‘membakar’ kebangkitan warga Palestin kemudiannya dikenali sebagai “Intifada Kedua”, kebangkitan rakyat menentang penjajahan Israel.

Ribuan ribuan rakyat Palestin menjadi syuhada dalam peristiwa bersejarah itu.

Israel menduduki Timur Jerusalem secara haram pada 1967 selepas Perang Timur Tengah.

Pada tahun 1980, rejim itu mendakwa Baitulmaqdis sebagai ibu negara Yahudi, dalam langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan