Sebuah mahkamah Mesir, kelmarin menangguhkan keputusan akhir dalam perbicaraan keatas Presiden Mohamed Morsi hingga 7 Mei atas tuduhan ‘menjadi pengintip’ bagi pihak Qatar.
Pihak berkuasa yang disokong tentera Mesir menuduh Morsi dan 10 defendan mengintip untuk Qatar dan membocor dokumen ke negara Teluk yang kecil itu, semasa tempoh setahun beliau sebagai presiden.
Morsi, pemimpin pertama Mesir yang dipilih secara demokratik, digulingkan dalam rampasan kuasa tentera 2013, protes terhadap kepimpinan beliau berikut.
Beliau sejak itu, telah dipenjara dan dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan “persepakatan melawan Mesir” dengan kumpulan Palestin Hamas dan Hizbullah Lubnan kerana memecah keluar dari penjara pada tahun 2011.
Semua tuduhan keatas Morsi bersama para defendan lain, disifatkan banyak pemerhati bebas, sebahgai ‘caj’ yang didorong politik.
Sejak penyingkiran dan pemenjaraun Morsi, pihak berkuasa Mesir telah bertindak keras terhadap kumpulan Ikhwan Muslimin, membunuh beratus-ratus dan memenjarakan puluhan ribu yang lain.










