Oleh : Azizah Mahmood
Kalau tak di pecahkan ruyong, manakan dapat sagunya” itulah peribahasa yang mengaitkan ” usaha tangga kejayaan.
Bertempat di Dataran Rekreasi Bukit Besar Kuala Terengganu Skuad Khidmat DMPNT telah mengadakan Rehlah pemerkasaan buat kali pertama selepas pelancarannya di HIMAT 2.0 Baru Baru ini.
“Kita adalah satu badan dalam organisasi PAS, adalah wajar untuk Kita berusaha semaksima mungkin untuk skuad khidmat yang di lahirkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPNT ini menarik hati masyarakat di luar sana, susun atur aktiviti yang meletakkan sasaran tanpa mengira fahaman politik dan apa bangsa dan agama mereka, jangan kita merasa “syok sendiri” dengan sambutan yang hebat sedang yang hadir itu orang orang kita belaka,” ujar Puan Hajjah Maznah Muftahuddin yang mewakili DMPNT.
Dalam beliau menyampaikan taujihat kepada seramai 25 orang ahli jawatankuasa Skuad Khidmat yang hadir Dari 8 Kawasan seawal jam 9 pagi dengan memulakannya dengan sessi “SKUAD SIHAT & CERGAS” Sessi langkah sihat di mulakan dengan ketua Kebajikan dan Kemasyarakatan Tuan Roslina Tuan Sulaiman memulakan berjalan 1000 langkah bersama anak buah Dari skuad khidmat.
“Kita mahu skuad khidmat sentiasa sihat Dan cergas untuk turun ketengah masyarakat memberi perkhidmatan kebajikan yang terbaik untuk Kita memenangi hati rakyat marhaen dalam pru 14 nanti. Seragam lengkap skuad khidmat hendaklah sentiasa Kita pakai supaya masyarakat tahu siapa yang bersama mereka takkala di perlukan”kata kata penuh semangat dari ketua kebajikan DMPNT yang juga Pengerusi KHAIRUNISA Terengganu.
Program di teruskan dengan soalan kuiz bagi memantapkan lagi pengentahuan skuad khidmat untuk perkasakan diri dari semua sudut termasuk ilmiah.
Menurut Setiausaha DMPNT Puan Rahimah Muda” selaku orang yang di amanahkan untuk turun ke tengah Masyarakat, sifat sifat berilmu Dan wala’ pada pimpinan adalah sangat penting, jadikan diri Kita orang yang menjaga solat, orang yang buat puasa sunat Dan pada malamnya masih mampu bertahajjud walaupun pada siang hari Kita berpeluh turun ke tengah masyarakat, kerana Allah sahaja sebaik baik pemberi kemenangan , kerana itu niat Kita biar jelas, semua kerana Allah. Ini yang PAS mahu”.
Seorang AJK skuad Dari Kijal Kemaman Puan Ummi Kalsom Mamat berkata” saya terpanggil untuk bersama kerana pada saya Kita boleh berbaik dengan masyarakat dengan Cara menjaga kebajikan mereka, santuni mereka Dan semua itu Ada pada Muslimat yang bersifat keibuan tetapi tegas” ujar Ummi Kalsom yang datang dengan membawa lemang kijal untuk di jamu pada peserta program ini yang berakhir jam 1 tengahari










