DUPP mengajak seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan masalah pendidikan negara khususnya warga pendidik dan ibu bapa untuk turut serta dalam Perhimpunan Aman Membantah DLP yang akan diadakan pada hari esok (Sabtu, 9 April 2016) bermula jam 2.00 petang di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Kita tidak mahu sejarah kegagalan PPSMI berulang semula selepas DLP dilaksanakan sepenuhnya dan diperluaskan ke semua sekolah.
Membebankan para pelajar untuk memahami subjek-subjek lain dengan bahasa yang mereka sendiri tidak kuasai semata-mata kononnya untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar adalah suatu kesilapan yang sangat besar yang akan meragut kecemerlangan generasi masa hadapan negara kita.
Ayuh bantah DLP!
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ketua Penerangan,
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP).






























