Lim Guan Eng Patut Malu Dengan Orang Bawahannya dan Pergi Bercuti!

1034

Yang paling awal menyarankan agar Lim Guan Eng patut bercuti daripada menjalankan tugas sebagai ketua menteri sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan berhubung isu pembelian rumah bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn ialah Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Afnan berkata tindakan bercuti itu perlu bagi memastikan ketelusan dan kelancaran proses siasatan pihak berkuasa.

Bagaimana pun Afnan menyokong pendirian Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga diputuskan bersalah oleh mahkamah.

“Pendirian beliau ini disifatkan sebagai berjiwa besar kerana mengambil pendirian mempertahankan seseorang yang belum diputuskan bersalah walaupun bersikap memusuhi PAS,” katanya dalam kenyataan media 21 Mac lalu.

Pada keesokkannya, 22 Mac, orang kuat DAP yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua membalas, tidak ada keperluan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengambil cuti berikutan kontroversi pembelian banglonya kecuali beliau dibawa ke mahkamah.

“Tidak… (hanya) apabila dakwaan dikenakan, maka (orang yang didakwa) perlu mengambil cuti,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Jika tidak, Pua berkata sesiapa sahaja boleh memfailkan laporan terhadap sesiapa sahaja untuk memaksa mereka pergi bercuti.

“Mudah sahaja: kita cipta satu lagi laporan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, perlukah beliau mengambil cuti?

“Ini (kes Guan Eng) sudah dilaporkan kepada SPRM, tetapi SPRM tidak berkata (ada kes) prima facie, mereka hanya berkata telah menerima laporan itu dan sedang menelitinya.

“Apabila SPRM mengenakan tuduhan, maka orang itu harus pergi bercuti.

“Jika tidak, kita semua terdedah dengan segala macam tuduhan tanpa asas (dan kemudian) tiba-tiba kita terpaksa mengambil cuti,” katanya.

Sebaliknya, pada 22 Mac juga, Bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan turut menyarankan agar Lim patut bercuti ketika SPRM menjalankan siasatan pembelian banglo berharga RM2.8 juta itu.

“Biarkan beliau mempertimbangkan pilihan yang ada, termasuk mengambil cuti,” katanya kepada Malay Mail Online dalam satu temubual telefon.

“Setiap penjawat awam mempunyai tanggungjawab dan saya difahamkan SPRM sudah membuka kertas siasatan dan ketua menteri sendiri mengalu-alukannya.

“Kita berharap SPRM menjalankan penyiasatan dan membuat satu keputusan,” tambahnya.

Kemudian pada 23 Mac, Ahli parlimen Guan Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kebiasaannya seseorang yang dilemparkan dengan tuduhan seperti yang dituduh keatas Lim Guan Eng, perlu mengambil cuti berehat buat sementara waktu bagi melancarkan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Biasanya kes seperti salah guna kuasa, rasuah, sepatutnya mereka (Lim Guan Eng perlu) bercuti untuk beri laluan kepada pihak pemeriksa memeriksa sebaik-baik apa yang telah berlaku,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Beliau mengulas mengenai desakan daripada pelbagai pihak yang mendesak supaya Ketua Menteri Pulau Pinang itu bercuti sementara dan menyerahkan segala tugasnya kepada timbalannya sehingga selesai penyiasatan.

“Maknanya dia bercutilah, cuti-cuti Malaysia,” katanya sambil ketawa.

Tetapi pada hari yang sama Lim Guan Eng berkata, beliau tidak nampak sebarang sebab perlu bercuti ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadapnya.

“Saya tidak nampak mengapa perlu bercuti kerana dakwaan yang terang-terang palsu terhadap saya,” katanya dalam satu kenyataan yang dicatat dalam Facebooknya.

Guan Eng menegaskan beliau tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi hasil siasatan SPRM atau ke atas Peguam Negara, yang mempunyai kuasa pendakwaan sepenuhnya.

Malah pemimpin DAP itu berkata, beliau telah juga menyatakan akan memberi kerjasama penuhnya kepada SPRM dan berharap siasatan yang adil, bebas dan profesional dijalankan.

Tapi hari ini, 30 Mac, nampaknya memang Lim Guan Eng perlu menjaga air mukanya dan perlu bercuti apabila beliau ditegur oleh orang bawahannnya.

ADUN DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu telah meneggesa suapaya setiausaha Agung DAP itu agar ‘mengotakan apa yang dikatanya’ dan pergi bercuti sehingga isu pembelian banglonya di Pinhorn Road diselesaikan.

Teh Yee Cheu berkata Ketua Menteri Pulau Pinang itu, perlu mengikut nasihat yang diberikan oleh orang lain dan mempertimbangkan pilihan cuti kerana sebelum ini DAP telah memberitahu orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

“Kita mesti memimpin melalui teladan apabila meminta orang lain untuk melakukan perkara yang sama,” kata Teh ketika diminta mengulas mengenai portal dalam talian di mana beliau dipetik sebagai meminta Lim untuk pergi bercuti.

“Saya berkata demikian (meminta Lim pergi bercuti) dalam temu bual itu tetapi ia hanya mengulangi seruan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan lain-lain yang telah meminta Ketua Menteri untuk pergi bercuti.

“Kredibiliti parti yang dipertaruhkan jika kita tidak mengamalkan apa yang kita katakan” kata Teh.

Maka, eloklah Lim Guan Eng ambil cuti dan tinggalkan tugas, kerana dia patut malu dengan teguran anak buahnya.