Bilangan orang awam yang terbunuh dan cedera di Afghanistan melepasi angka 11,000 pada tahun 2015, satu jumlah tertinggi dicatatkan sejak pencerobohan yang diketuai AS lebih daripada 14 tahun yang lalu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata dalam laporan tahunan yang dikeluarkan pada Ahad terdapat 3,545 kematian orang awam dan 7,457 orang cedera dengan kanak-kanak yang membayar ‘harga’ yang amat berat, kerana pasukan keselamatan Afghanistan menghadapi lonjakan dalam serangan Taliban dan kumpulan bersenjata lain.


Satu dalam empat mangsa adalah kanak-kanak, manakala satu dalam 10 adalah wanita, kata dengan wakil khas PBB untuk Afghanistan Nicholas Haysom menyifatkannya sebagai satu jumlah yang tidak “tidak boleh diterima”.
“Kami menyeru kepada orang-orang menyebabkan ‘kesakitan’ ini kepada rakyat Afghanistan untuk mengambil tindakan konkrit untuk melindungi orang awam dan menghentikan pembunuhan serta penyiksaan orang awam pada tahun ini, 2016,” kata Haysom.
Menurut laporan itu, “unsur-unsur anti-kerajaan” bertanggungjawab dan merupakan bahaya besar, menyebabkan 62 peratus daripada semua kecederaan awam. Mereka yang terbunuh dan cedera oleh “kuasa-kuasa pro-kerajaan” mewakili 17 peratus daripada angka rekod.
“jumlah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kanak-kanak telah terbunuh sia-sia dan cedera pada tahun lepas,” kata Danielle Bell, Pengarah PBB hak asasi manusia di Afghanistan.


Menurut laporan itu, penduduk di utara dan selatan Afghanistan adalah terdedah kpada Taliban dan kumpulan bersenjata lain yang memergiatkan serangan ke atas penubuhan kerajaan dan kuasa-kuasa asing.
Keganasan telah meningkat sejak pengeluaran tentera AS dan NATO sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerana tentera dan polis Afghan menghadapi peningkatan dalam serangan oleh pejuang anti-kerajaan.
Dianggarkan 59,000 kecelakaan awam telah direkodkan sejak PBB mula mengesan jumlah itu pada tahun 2009.





























