Isu ini, timbul dan menjadi ‘masalah’ kepada orang yang bermasalah itu adalah kerana dua orang Tok Guru ini bukan sahaja mereka jadi tetamu Tuanku tetapi melibatkan sama Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Dato’ Seri Muhyidin Yassin.
Tambahan pula, undangan tersebut dibuat melalui mantan PM Islam Had-hari, Dato’ Seri Utama Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pernah ‘dipaksa’ turun takhtanya juga oleh mantan PM ‘cabul’, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sekadar peringatan, gelaran mantan PM Islam Had-hari itu kerana ‘Pak Lah’ yang memperkenalkan slogan itu bagi menjatuhkan sokongan rakyat terhadap PAS melalui pendekatan agama.
Tapi sayangnya, konsep slogan ‘Islam Had-hari’ itu hanya sempat tempoh hayatnya tidak lama dan ‘berkubur’ dan ‘ditendang’ bersama-sama pengasasnya cucu Abdullah Fahim.
Manakala, gelaran mantan PM ‘cabul’ pula kerana ‘Che Det’ adalah PM yang bertanggungjawab ‘merampas’, ‘merompak’ dan ‘mencabuli’ hak royalti kerajaan negeri Terengganu.
Tun Dr Mahathir, adalah pemerintah ‘kuku besi’ dan bertindak seperti ‘Raja’ dan menjadi orang yang bertanggungjawab mencabut imuniti Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu.
Baiklah, apabila dihebohkan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi jumpa Najib al-Tantunya dan Muhyidin atas undangan Tuanku Mizan. Langsung ‘dipolitikkan’ oleh pihak tertentu termasuk di kalangan pimpinan PAS yang ‘pening-pening lalat’, ‘pimpinan Umno-BN’ dan ‘para blogger’ sekalian.
Malah, ada yang membuat persepsi ‘gila-gila’ mungkin kerana ‘busuk hati’ dengan menuduh Tok Guru Presiden telah ‘memperkudakan’ Tok Guru Menteri Besar Kelantan’ itu.
Apakah perlu, seorang ketua parti, seorang presiden parti dan penasihat parti yang mempunyai autoriti dalam mentadbir parti perlu memberitahu semua orang tentang perjalanan, perancangan dan strateginya kepada ahli parti?
Baca seterusnya dari sumber


























