Ulang Tahun Ke-5 ; Ikhwan Seru Rakyat Mesir Lengkapkan Revolusi

1475

Pasukan keselamatan pemerintah junta Mesir terus melakukan kempen ganas, menyerbu ke rumah-rumah semua mereka yang menentang rampasan kuasa dan rejim yang tidak sah.

Tindakan ditumpukan kepada pelbagai bandar dan kampung-kampung d wilayah Ismailia dan menangkap lebih daripada 25 orang pada petang Sabtu, dua hari menjelang ulang tahun ke 5 revolusi.

F8EHRRZQBT99PBCMenurut Ikhwanweb, mereka yang ditangkap oleh tentera junta termasuk: Al-Hadidi Hafez Al-Hadidi, Zeidan Ali Saad, Islam Eid Ibrahim, Ateyya Abdel-Basset Ateyya, Farag Mohamed Salman, Ahmed Suleiman Gaber, Syed Ali Ahmed, Alaa El-Din Abdel -Kader Ibrahim Mohamed El-Shahat, Mohamed Ahmed Saleh, Mahmoud Elsayed Musa, Ahmed Abdel-Fadil, Salem Eid Salem, Adnan Mohamed Labib, Mahdi Abul-Hadid Ramadan, Ahmed Abdel-Moneim Ahmed, Osama Osman Mohamed, Ayman Mustafa Ali, Ahmaid Ahmed Mohamed, Haitham Abdullah Qutb, Salah Mohamed Al-Haddad, Alaa Ramadan Shehata dan Mahmoud Mohamed Zeidan.

Pasukan keselamatan kerajaan rampasan kuasa al-Sisi mestilah bertanggungjawab kepada kehilangan secara paksa Ahmed Mohamed Aweys, pelajar di Fakulti Perubatan Universitu Terusan Suez Canal dan Abdel-Rahman Raafat serta Ahmed Mohamed Eid, tahun ketiga pelajar sekolah menengah.

egypt-massacre-14Keluarga daripada tiga orang yang diculik dan peguam mereka tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang nasib mereka.

Keluarga dan pertubuhan hak asasi manusia di wilayah Ismailia mendakwa pengarah keselamatan di Ismailia dan juga pasukan keselamatan di kawasan pemerintahan itu, bertanggungjawab sepenuhnya atas kehilangan saudara-mara dan keselamatan diri mereka.

Satu kenyataan yang disiarkan dalam laman rasmi Ikhwan Muslimin itu menegaskan, tidak akan mengadakan sebarang perundingan dengan pemerintah Mesir yang telah menzalimi dan membunuh rakyat sendiri.

“Kami tidak akan berunding dengan pembunuh dan penjenayah. Kami tidak akan berkompromi dengan hak-hak orang yang mati syahid, banduan, yang cedera,

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/sayang%20Morsia.jpg“dan semua mereka yang terjejas tragis oleh junta dan rampasan kuasa itu. Kita tidak akan bertolak ansur dengan kesahihan rakyat kita terhadap Presiden Mohamed Morsi,”menurut kenyataan tersebut.

Ikhwan juga menyeru agar rakyat Mesir terus menentang pemerintah Mesir dan melengkapkan revolusi yang telah dimulakan pada 25 Januari 2011 yang lalu.

“kita idak akan berkompromi dengan hak-hak penuh semua rakyat Mesir. Ini semua adalah satu perkara yang melibatkan orang ramai, mereka yang tidak ada kumpulan, badan atau institusi mempunyai hak untuk masuk ke dalam perjanjian atau persefahaman.

“Ini adalah satu perkara yang melibatkan orang berani yang telah dipilih untuk melengkapkan revolusi sehingga akhir,”tambah kenyataan itu.