Terengganu, Malaysia

Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Kepada Pelarian Syria di Jordan

Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Kepada Pelarian Syria di Jordan

Oleh : Nazmi Ghazali

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) terus kehadapan mengepalai rombongan kemanusiaan untuk agihan bantuan kepada pelarian Syria pada musim sejuk.

IMG_20160119_083828Keadaan cuaca dingin yang sedang dialami negara Jordan kini semakin lama kian mencengkam tulang.

Justeru, Yayasan Amal Terengganu telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM500,000 bagi membeli makanan dan pakaian kepada pelarian di kem-kem kecil, di sempadan Jordan.

Pengarah Misi pada kali ini ialah Cikgu Fauzi Abu Samah yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Negeri Terengganu.

Bermula jam 12 tengah hari kami memulakan perjalanan dengan majlis makan tengah hari di Supermarket Sabasun.

Kemudian, kami menunaikan solat Zohor berjemaah di surau Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Lalu kami meneruskan perjalanan menuju ke KLIA dari Airport Kuala Terengganu pada jam 4 petang.

IMG_20160119_083738Sebelah pagi iaitu sekitar jam 1.30 pagi, kami akan bertolak ke Jordan (Queen Alia Airport di Amman). Kemudian transit sebentar selama 3 jam di Dubai.

Turut bersama rombongan ialah ADUN Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah, wakil media Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, dua orang wakil NISA, Sahabat Care, Alumni Syria dan wakil dari Sabasun Hyperuncit.

Setibanya kami di Amman, kami bakal disambut oleh pelajar oleh pelajar yang bakal menjadi pembantu Misi sepanjang perjalanan pada kali ini

IMG_20160119_083849Kemudian perjalanan di teruskan ke Kem Pelarian di Mafraq untuk bantuan kemanusiaan dan pendidikan.

Untuk misi kali ini, antara barang keperluan utama musim sejuk yang kami sediakan ialah selimut tebal.

Memikirkan bersama dalam suasana musim sejuk, bagaimana keadaan mereka yang terpaksa hidup di dalam khemah tanpa pemanas dan alatan yang dapat menghangatkan tubuh badan.

Misi perjalanan kami kali ini adalah seramai 17 orang termasuk 3 orang anggota wanita.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan