Kelaparan Menjadi Senjata Bashar Membunuh Rakyat Sendiri

3588

Musim sejuk yang tiba memberi kesan buruk kepada Syria, sekurang-kurangnya 400,000 orang terputus daripada bekalan makanan dan perubatan.

kelaparan syria1Kerajaan dan pembangkang sedang mengepung bandar-bandar dan kampung-kampung, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kira-kira 227,000 orang yang terperangkap oleh tentera kerajaan Syria dalam tiga kawasan utama.

Timur Ghouta, di luar Damsyik, merupakan kubu kuat pemberontak. Kira-kira 176,000 orang dilaporkan terputus bekalan makanan di sana.

Kira-kira 9,000 orang yang terperangkap di pinggir Damsyik Darayya dan di bandar barat Zabadani.

Madaya, kawasan di selatan, telah berada di bawah pengepungan oleh sekutu rejim Presiden Syria Bashar al-Assad sejak Julai. PBB berkata 42,000 orang terperangkap di sana.

[Anak-anak Syria yang terkepung, makan rumput kerana lapar (gambar atas kiri) dan satu keluarga mencari sisa-sisa makanankerana kawasan-kawasan yang dikepung tentera Bashar, tidak membernarkan bantuan makan disampaikan] 

kelaparan syria2Abu Khalil adalah salah satu daripada mereka yang terperangkap di Madaya. Beliau berkata dunia telah mengabaikan nasib mereka yang terlibat.

“Keadaan ini menjadi begitu sukar,” katanya kepada Al Jazeera.

“Sekurang-kurangnya 26 lagi orang telah mati akibat kelaparan dan 50 yang lain kini tidak sedarkan diri. Kami tidak memahami bagaimana dunia boleh berbuat apa-apa untuk menyelesaikan krisis ini selepas menyaksikan tragedi tersebut.

“Orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak yang mati kerana penggunaan senjata (kelaparan) pengecut ini.”