Bantulah Kami Untuk Membantu Mereka!

1188

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) akan menghantar pasukan sukarelawan seramai 15 orang bagi menghantar bantuan kepada pelarian Syria yang sedang dilanda kesejukkan akibat musim sejuk melampau di sempadan.

Suhu tahap beku sehingga mencecah -5 di bawah paras beku sedang mengancam kehidupan dan nyawa mereka.

IMG_20160107_094652Misi akan bermula pada 18 Januari 2016 bermula penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan pulang ke tanah air pada 27 Januari 2016.

Saya selaku Timbalan Pengerusi YAMCT, diamanahkan menyampaikan bantuan dari kita semua, berupa pakaian sejuk, tilam, kit makanan, alat pemanas badan, bantuan persekolahan, dan waqaf al quran.

Untuk tujuan itu, bermula Jumaat ini satu kempen ‘pecutan akhir’ mengumpul sumbangan seberapa banyak yang mungkin, dari kita semua.

Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur dan berbanyak terima kasih kepada pasaraya SABASUN dan para pelanggannya yang budiman, yang memberikan kepercayaan kepada kami, bagi melaksanakan misi yang mulia ini.

Turut membantu YAMCT ialah NGO NISA Terengganu, Ameerah Terengganu, TAG (pacuan 4 roda), ARC (motosikal), DACS Terengganu, NGO Alumnai Pelajar Syria, NGO Sahabat Care Terengganu, NGO Gerakan Anak Terengganu Insaf, Jabatan Amal Terengganu, GAMIS Terengganu, dan NGO Media Kumpulan Aktivis Media Indepen (KAMI) Terengganu.

Sesungguhnya pertelingkahan dan krisis perang di Syria yang berpanjangan, meninggalkan jutaan rakyatnya menjadi pelarian dan gelandangan.

Tanpa belas kasihan kita dan semua umat yang prihatin di seluruh dunia, anak-anak kecil yang tinggal di bawah khemah dalam cuaca yang amat sejuk, berdepan risiko maut.IMG_20160107_094818

Justeru saya menyeru dan merayu, kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan warga negeri Terengganu khususnya, ‘membantu kami untuk membantu mereka’.

Salurkan sumbangan kewangan tuan puan melalui akaun YAMCT Maybank Islamic atas nama ‘Amal Terengganu Dana Syria’ No Akaun 5630 6413 1924.

Doa kami, agar Allah memberikan ganjaran yang setimpal kepada tuan puan yang menghulurkan bantuan dan kami memohon doa dari tuan puan, agar Allah memberkati usaha ini dan memberi kemudahan dan keselamatan kami diperjalanan nanti.

Mohamad Fauzi Abu Samah
Pengarah Program
Blanket4Syrians
Edu4Syrians
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu
Tel/Whatsapp 0139238685
Email : mfauzi_72@yahoo.com
W: www.yamct.org.my
F: fb.com/AmalTerengganu