Kematian seorang pemimpin pemberontak terkemuka Syria menjadi satu tamparan hebat kepada proses damai yang lemah, dengan amaran dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang lain, bahawa komander lain boleh juga disasarkan untuk pembunuhan.
Zahran Alloush, pemimpin kumpulan Jaysh al-Islam, telah dibunuh pada hari Jumaat dalam serangan udara yang didakwa dilakuakan oleh tentera kerajaan Syria yang dibantu Rusia.
“Mereka membunuh seorang lelaki yang akan memainkan peranan penting di Syria,”
“Kematian Zahran boleh membawa kepada lebih banyak pembunuhan disasarkan kepada komander pembangkang terkemuka dan ahli politik.” kata Ahmad Tumah [Gambar kanan]
Ahmad adalah tokoh pembangkang yang telah disebut-sebut untuk menjadi Perdana Menteri dalam kerajaan baharu Syria, pasca Bashar al-Assad.
Ahmad menganggap Zahran sebagai pemimpin yang berwibawa dan berkarisma yang telah menyatukan pelbagai kumpulan pemberontak, dapat mengumpulkan kekuatan seramai 20,000 orang, pejuang arus perdana Syria, ketika beliau dibunuh
Ahmad Tumah juga melahirkan kebimbangan bahawa Rusia dan Syria akan memburu para pemimpij pembangkang untuk melemahkan seluruh proses damai.
Beliau menuduh Bashar al-Assad mengalihkan perhatian daripada “perjuangan untuk hak politik dan menentang kezaliman” kepada perjuangan menentang pengganas dan kumpulan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), yang katanya turut menjadi kebimbangan utama kepada masyarakat antarabangsa.
Ahmad berkata, beliau masih bercadang untuk menghadiri rundingan damai di Geneva, Switzerland, pada bulan Januari, dan menegaskan Assad tidak perlu mempunyai apa-apa peranan dalam masa depan Syria.
Dalam satu kenyataan berasingan, Gabungan Kebangsaan Revolusi Syria Revolusi dan Angkatan Pembangkang, sebuah organisasi payung yang diketuai oleh Ahmad Tumah, mengutuk pembunuhan Zahran, menyifatkannya sebagai “kemenangan yang jelas bagi keganasan dan ISIL”.
“Ia melemahkan puak tentera bebas yang berhadapan keganasan dan melemahkan asas-asas,” kata kenyataan itu pada hari Sabtu.
“Serangan itu juga satu percubaan untuk membatalkan usaha PBB penyelesaian politik.”ujarnya dalam kenyataan itu.
Sehubungan itu, kumpulan Jaysh al-Islam dilaporkan telah menamakan Issam al-Buwidani sebagai pengganti Zahran Alloush ini.
Lewat pada hari Jumaat, Issam Buwidani menggesa pembangkang bersenjata untuk merapatkan barisan dan menyatukan tindakan terhadap Assad.
Beliau juga mengutuk apa yang dipanggil “kuasa-kuasa jahat” berkomplot terhadap hak-hak orang awam Syria.










