

Komen yang bersifat ‘toksik’ dan serangan calon parti Republikan Donald Trump terhadap Islam meningkatkan risiko beliau hilang kelayakan daripada memenangi jawatan presiden.
‘The White House’ (Rumah Putih) menggesa parti Trump menyangkal calon jika mereka ingin mengelakkan ia menjadi “tong sampah sejarah.”
“Apa Donald Trump kata semalam membatalkan kelayakan beliau daripada menjadi presiden,
“Dan bagi calon Republikan (itu) untuk mereka berdiri dengan ikrar untuk menyokong Encik Trump, yang dalam (kenyataannya) dan dengan sendirinya menghilangkan kelayakan.” kata jurucakap White House Josh Earnest kepada pemberita pada taklimat media harian.
Menurut Earnest, kempen Trump tidak berkualiti kepadanya, dengan slogan yang hampa untuk mendustakan secara terang-terangan dengan hakikat menggunakan rambut palsu.
Katanya, rutin keseluruhan kempen Trump umpama ‘pembuat roti karnival’ dan mengundang persoalan, adakah seluruh ahli dan penyokong parti Republikan akan diseret sama ke dalam tong sampah itu.
Kecelaruan global meletus sejak Selasa atas gesaan Donald Trump dalam siri kempennya, yang melarang umat Islam daripada memasuki Amerika Syarikat.
Calon utama untuk pemilihan presiden dari parti Republikan itu, membuat kenyataan provokatif, selepas berlakunya peristiwa tembak menembak di San Benardino, California, pada minggu lepas yang menyebabkan 14 orang terbunuh


Kurang daripada 24 jam kemudian, mulut Trump dengan celupar menggesa satu “penutupan menyeluruh dan lengkap kepada umat Islam daripada memasuki Amerika Syarikat” sehingga wakil negara AS boleh memikirkan apa yang sedang berlaku.
Jutawan hartanah berusia 69 tahun bahkan tidak menunjukkan rasa bersalah dengan kenyataan itu, walaupun kritikan datang mencurah-curah dai seluruh dunia yang mengecam komen beliau sebagai ‘pelampau dan perkauman’
Saingannya senator Lindsey Graham [Gambar kanan] yang juga calon bagi pemilihan presiden AS menyifatkan Trump hanya telah berjaya hanya dalam mengisi ideologi radikal kumpulan Negara Islam.
Graham menyeru rakyat Amerika menolak kempen Trump yang menyalahkan ‘orang-orang Islam yang beriman’ yang bertegas menolak keganasan.
Graham juga menggesa Trump untuk menutup kempennya yang menjadikan sloga ‘menjadikan Amerika besar lagi’ dan mengecam keras dengan berkata ‘pergi jahanam dengan Trump’.



























