Sebuah jet tentera Rusia telah ditembak jatuh hanya selepas ia melanggar ruang udara Turki yang sebelumnya telah memberi amaran pada berbilang kali dan keadaan.
Amerika Syarikat mengesahkan perkara tersebut pada Isnin, mendedahkan maklumat dari Turki dan maklumat pertahanan negara tersebut sendiri.
“Maklumat yang didapati termasuk bukti dari Turki dan sumber kita sendiri menunjukkan bahawa pesawat Rusia melanggar ruang udara Turki,”
“Kita juga tahu bahawa pihak Turki memberi amaran kepada juruterbang Rusia beberapa kali tetapi tidak mendapat sambutan,” kata jurucakap Jabatan Negara Elizabeth Trudeau.
Trudeau mengulangi sokongan kepada hak Turki untuk mempertahankan wilayahnya, dan bahawa kedua-dua negara perlu meredakan ketegangan mengenai kejadian itu.
Jurucakap Gabungan diketuai Amerika Syarikat, Kolonel Steve Warren juga mengesahkan amaran Turki kepada juruterbang Rusia dan kekurangan tindak balas dari pesawat Rusia yang menghampiri.
Beliau berkata demikian berdasarkan penemuan pada audio dari radio radar di ibu pejabat Gabungan terbabit.
Pesawat pengebom Rusia SU-24 telah ditembak jatuhkan oleh Turki minggu lalu selepas ia melanggar ruang udara Turki diatas wilayah Hatay selatan di sepanjang sempadan dengan Syria.
Seorang juruterbang Rusia terbunuh dalam kejadian itu manakala seorang lagi diselamatkan oleh pasukan khas Rusia.
Walaupun Turki mendedahkan maklumat radar keatas kapal terbang itu sebagai bukti pencerobohan Rusia ke dalam wilayahnya, Moscow telah menegaskan bahawa SU-24 tidak menyeberangi sempadanTurki.
NATO turut mengesahkan minggu lalu bahawa bukti Turki menguatkan dengan penemuan persekutuan.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menggesa Rusia dan Turki untuk bergerak mengenepikan keberangan ekoran kejadia menembak jatuh jet tersebut dan menumpukan kepada kumpulan ISIL.
Beliau berkata demikian selepas bermesyuarat dengan rakan sejawatannya dari Turki di Paris pada hari Selasa.
Hubungan antara Moscow dan Ankara telah menurun secara drastik pada minggu lalu selepas Turki menjatuhkan jet pejuang Rusia tersebut.
Rusia telah mengumumkan sekatan ekonomi dan menasihatkan rakyatnya tidak melawat Turki.
“Saya mahu ia menjadi sangat jelas, Turki adalah sekutu NATO dan AS menyokong hak-hak Turki untuk mempertahankan dirinya dan ruang udara dan wilayahnya,” kata Obama kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
“Kita semua mempunyai musuh yang sama dan itu adalah ISIL dan saya ingin memastikan kita memberi tumpuan kepada ancaman itu,” kata Obama.










