Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran kepada rakan sejawatannya dari Rusia, agar jangan ‘bermain dengan api’ apabila negara tersebut menyokong rejim Presiden Bashar al-Assad di Syria.
Erdogan membalas kenyataan yang lebih awal dibuat oleh Vladimir Putin yang berkata: “Orang-orang yang melaksanakan dua sikap dalam keganasan bermain dengan api”.
“Betul, menyokong rejim [Assad] yang mengorbankan 380,000 nyawa di Syria dan melaksanakan keganasan dalam negara, ia juga bermain dengan api,” kata Erdogan dalam ucapan di wilayah Bayburt timur laut.
Tambahnya, tindakan Rusia menyerang kumpulan pembangkang di Syria atas alasan untuk memerangi ISIL juga “bermain dengan api”.
Erdogan berkata: “Kami terus-terang mengesyorkan Rusia tidak bermain dengan api.”
Pada hari Selasa, Turki memberi amaran, terhadap pesawat Rusia tentang pelanggaran ruang udara sebanyak 10 kali dalam tempoh lima minit sebelum ia ditembak jatuh, menurut tentera Turki.
Pesawat tentera Rusia itu terhempas di wilayah Bayirbucak, Syria, berhampiran dengan kawasan Yayladağı wilayah Hatay selatan Turki.
NATO mengesahkan ketepatan data radar pengesanan Turki yang dikongsi dengan jelas menunjukkan pelanggaran sempadan oleh pesawat Rusia itu.
Ia bukan kali pertama jet pejuang Rusia telah melanggar ruang udara Turki. Pada awal Oktober, pesawat perang Rusia melanggar ruang udara Turki.
Pegawai-pegawai Rusia meminta maaf dan berjanji bahawa tiada kejadian seperti itu akan berulang. Turki juga telah memperbaharui amaran pada peraturan pergeseran, termasuk tindak balas ketenteraan terhadap pelanggaran ruang udara Turki.










