Terengganu, Malaysia

Lima Rakyat Myanmar Didenda Kerana Mencetak Perkataan ‘Rohingya’ Pada Kalendar 2016

arakan1

Mahkamah Yangon telah menggunakan undang-undang percetakan dan penerbitan menjatuhkan hukuman denda sebanyak USD800 kepada lima lelaki, kerana penglibatan mereka dalam mencetak kalendar yang menyatakan bahawa umat Islam Rohingya merupakan minoriti etnik dan agama yang tinggal di Myanmar.

Ketua Polis Pazundaung Township Majar Khin Maung Lat memaklumkan kepada laman ‘Myanmar Now’ bahawa hukuman itu yang telah dijatuhkan pada petang Isnin, sambil menambah polis mendakwa mereka yang terbabit pada hari Sabtu.

Kalendar bagi tahun 2016 yang menyebut perkataan ‘Rohingya dan mengandungi kenyataan bahawa dulu ada satu “saluran radio Rohinya” di Burma 1950-an dan Perdana Menteri U Nu sendiri umumnya mengetahui menggunakan perkataan ‘Rohingya’.

“Ini adalah satu aktiviti yang mengancam dan undang-undang dan peraturan di negara ini,” kata Khin Maung Lat dalam satu temu bual di pejabatnya dan menambah, siasatan telah dimulakan selepas polis mendengar tentang kalendar “di Facebook.”

800Mereka yang didakwa terbabit mencetak kalendar itu didakwa melanggar Perkara 4 Undang-undang Percetakan dan Penerbitan 2014, yang melarang individu daripada menerbitkan bahan-bahan penerbitan yang boleh menggugat keselamatan negara dan undang-undang.

Sebarang perlanggaran boleh dikenakan denda antara $ 800 dan $ 2,400.

Kerajaan Myanmar sekeras-kerasnya menafikan kewujudan minoriti umat Islam yang lebih kurang berjumlah 1 juta orang apatah lagi mengenal pasti diri mereka sebagai Rohingya, serta menegaskan mereka dipanggil “Benggali” dan adalah merupakan pendatang haram dari Bangladesh.

Myanmar juga menolak untuk mengiktiraf kumpulan Rohongya walaupun mereka mendakwa telah tinggal di utara negeri Rakhine sejak beberapa generasi dikenali sebagai Rohingya.

Kumpulan hak asasi manusia dan kerajaan Barat menggesa Naypyitaw untuk menamatkan penindasan terhadap kumpulan itu, yang telah menyebabkan penyeludupan dan pemerdagangan manusia secara besar-besaran keluar daripada Rakhine.

Khin Maung Lat berkata, polis menyerbu Kyaw Printing House yang terletak di Jalan 54 di Pazundaung dan mendakwa Kyaw Kyaw, pemilik kemudahan dan pengurusnya Ye Thu Aung, yang kedua-dua mereka adalah beragama Buddha.

Beliau berkata, dua lelaki Islam yang lain telah dikenakan tindakan yang sama, manakala identiti lelaki yang kelima tidak dapat dijelaskan.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan